1
Galatia 6:9
Alkitab Versi Borneo
Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa.
Bandingkan
Selidiki Galatia 6:9
2
Galatia 6:10
Oleh itu, apabila ada peluang, kita haruslah berbuat baik kepada semua orang, lebih-lebih lagi saudara-saudara kita yang seiman.
Selidiki Galatia 6:10
3
Galatia 6:2
Tanggung-menanggunglah beban satu sama lain, dan dengan demikian laksanakan hukum Kristus.
Selidiki Galatia 6:2
4
Galatia 6:7
Janganlah tertipu: Allah tidak dapat dipermainkan, kerana apa yang disemai oleh seseorang, itulah yang akan dituainya.
Selidiki Galatia 6:7
5
Galatia 6:8
Orang yang menyemai bagi hawa nafsu manusia akan menuai kebinasaan daripadanya; manakala orang yang menyemai bagi Roh akan menuai hidup yang kekal.
Selidiki Galatia 6:8
6
Galatia 6:1
Saudara-saudara, jika seseorang didapati melakukan sesuatu kesalahan, kamu yang bersifat rohani pimpinlah dia ke jalan baik dengan lemah lembut, sambil menjaga dirimu, jangan sampai kamu turut tergoda.
Selidiki Galatia 6:1
7
Galatia 6:3-5
Jika seseorang menyangka dirinya mempunyai kelebihan sedangkan dia sebenarnya tidak mempunyainya, maka dia menipu dirinya sendiri. Setiap orang harus menguji kerjanya sendiri, supaya dia dapat bermegah atas apa yang ada pada dirinya sahaja, bukan berbanding dengan apa yang ada pada orang lain. Sebabnya setiap orang akan menanggung bebannya sendiri.
Selidiki Galatia 6:3-5
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video