Firman Allah kepadanya pula, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa. Beranakcuculah dan bertambah ramailah. Sebuah bangsa, bahkan sekumpulan bangsa akan berasal daripadamu, dan daripada keturunanmu akan muncul raja-raja. Negeri ini, yang Kukurniakan kepada Abraham dan Ishak, akan Kukurniakan kepadamu. Aku pun akan mengurniakan negeri ini kepada keturunanmu kelak.”