1
Ibrani 8:12
Alkitab Versi Borneo
Aku akan berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka; dan dosa mereka tidak akan Kuingati lagi.”
Bandingkan
Selidiki Ibrani 8:12
2
Ibrani 8:10
Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu, Tuhan berfirman. Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.
Selidiki Ibrani 8:10
3
Ibrani 8:11
Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya, atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah Tuhan,’ kerana semuanya akan mengenal-Ku, daripada yang terkecil kepada yang terbesar.
Selidiki Ibrani 8:11
4
Ibrani 8:8
Tetapi Allah telah mendapati mereka bercela lalu berfirman: “Lihatlah, akan tiba harinya, firman Tuhan, apabila Aku membuat perjanjian baru dengan keturunan kaum Israel dan dengan keturunan kaum Yehuda
Selidiki Ibrani 8:8
5
Ibrani 8:1
Pokok segala yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Besar yang duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Mulia di syurga.
Selidiki Ibrani 8:1
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video