1
Yesaya 43:19
Alkitab Versi Borneo
Lihat, Aku hendak membuat sesuatu yang baru, sekarang hal itu sedang muncul, tidakkah kamu mengetahuinya? Ya, Aku hendak membuat jalan di tanah tandus dan sungai-sungai di gurun.
Bandingkan
Selidiki Yesaya 43:19
2
Yesaya 43:2
Apabila engkau mengharungi air, Aku akan menyertaimu, dan engkau tidak akan dihanyutkan saat mengharungi sungai. Apabila engkau berjalan melalui api, engkau tidak akan dihanguskan, dan nyala api tidak akan membakarmu
Selidiki Yesaya 43:2
3
Yesaya 43:18
“Jangan ingat-ingatkan hal-hal yang dahulu, jangan perhatikan hal-hal yang silam.
Selidiki Yesaya 43:18
4
Yesaya 43:1
Sekarang, beginilah firman TUHAN, yang menciptakan engkau, wahai Yakub, dan yang membentuk engkau, wahai Israel, “Jangan takut, kerana Aku telah menebus engkau. Aku telah memanggil engkau dengan namamu, engkau milik-Ku.
Selidiki Yesaya 43:1
5
Yesaya 43:4
Kerana engkau berharga dan mulia di mata-Ku, dan Aku ini mengasihi engkau, maka Aku memberikan manusia sebagai gantimu, dan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawamu.
Selidiki Yesaya 43:4
6
Yesaya 43:3
kerana Akulah TUHAN, Allahmu, Yang Maha Suci, Allah Israel, Penyelamatmu. Aku memberikan Mesir sebagai tebusanmu, Kush dan Seba sebagai gantimu.
Selidiki Yesaya 43:3
7
Yesaya 43:5
Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Aku akan membawa keturunanmu dari timur dan menghimpun engkau dari barat.
Selidiki Yesaya 43:5
8
Yesaya 43:25
Aku, Akulah Dia yang menghapuskan segala pelanggaranmu demi diri-Ku sendiri, dan tidak lagi mengingat dosa-dosamu.
Selidiki Yesaya 43:25
9
Yesaya 43:10
“Kamulah para saksi-Ku,” demikianlah firman TUHAN, “dan hamba-Ku yang telah Kupilih, supaya kamu mengenal dan mempercayai Aku serta mengerti bahawa Akulah Dia. Sebelum Aku, tidak ada tuhan terbentuk dan sesudah Aku pun tidak ada.
Selidiki Yesaya 43:10
10
Yesaya 43:11
Aku, Akulah TUHAN. Tidak ada penyelamat selain Aku.
Selidiki Yesaya 43:11
11
Yesaya 43:13
“Ya, sejak zaman dahulu Aku tetap Dia! Tidak ada yang dapat terlepas daripada tangan-Ku. Apabila Aku bertindak, siapakah yang dapat mengubahnya?”
Selidiki Yesaya 43:13
12
Yesaya 43:20-21
Binatang-binatang liar akan memuliakan Aku, serigala dan burung unta, kerana Aku mengurniakan air di tanah tandus serta sungai-sungai di gurun untuk memberikan minum umat pilihan-Ku, iaitu umat yang Kubentuk bagi-Ku untuk menceritakan kemasyhuran-Ku.”
Selidiki Yesaya 43:20-21
13
Yesaya 43:6-7
Aku akan berfirman kepada utara, ‘Berikanlah!’ dan kepada selatan, ‘Jangan tahan!’ Bawalah anak-anak lelaki-Ku dari jauh dan anak-anak perempuan-Ku dari hujung bumi, iaitu semua orang yang disebutkan dengan nama-Ku, yang Kuciptakan untuk kemuliaan-Ku, yang Kubentuk, dan yang Kujadikan.”
Selidiki Yesaya 43:6-7
14
Yesaya 43:16-17
Beginilah firman TUHAN, yang membuat jalan di laut dan lorong di air yang deras, yang membawa keluar rata dan kuda, bala tentera dan orang gagah — mereka rebah bersama-sama dan tidak dapat bangkit lagi, mereka mati, padam seperti sumbu
Selidiki Yesaya 43:16-17
15
Yesaya 43:15
Akulah TUHAN, Allahmu Yang Maha Suci, Pencipta Israel, Rajamu.”
Selidiki Yesaya 43:15
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video