Hanya, akuilah kesalahanmu,
bahawa engkau telah menderhaka terhadap TUHAN, Allahmu,
telah melampiaskan nafsu berahimu dengan kalangan orang asing di bawah pokok yang rimbun,
dan tidak mematuhi Aku,’ ”
demikianlah firman TUHAN.
“Kembalilah, wahai anak-anak yang murtad,” demikianlah firman TUHAN, “kerana Akulah tuanmu. Aku akan mengambil kamu, seorang dari sebuah kota dan dua orang daripada suatu kaum, lalu Aku akan membawa kamu ke Sion.