1
Yohanes 13:34-35
Alkitab Versi Borneo
Inilah perintah baru yang Kuberikan kepadamu: Kasihilah satu sama lain. Sebagaimana Aku telah mengasihimu, kasihilah sesama sendiri. Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku.”
Bandingkan
Selidiki Yohanes 13:34-35
2
Yohanes 13:14-15
Jika Aku sebagai Tuhan dan Gurumu sanggup membasuh kaki kamu, maka haruslah kamu saling membasuh kaki sesama sendiri. Aku telah memberi teladan kepada kamu semua. Lakukanlah apa yang telah Kulakukan untukmu.
Selidiki Yohanes 13:14-15
3
Yohanes 13:7
Yesus menjawab, “Sekarang kamu tidak mengerti perbuatan-Ku ini tetapi pada kemudian hari kamu akan mengerti.”
Selidiki Yohanes 13:7
4
Yohanes 13:16
Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya. Begitu jugalah, seorang yang diutus tidak mungkin lebih besar daripada orang yang mengutusnya.
Selidiki Yohanes 13:16
5
Yohanes 13:17
Sekiranya kamu mengerti hal ini dan melakukannya, diberkatilah kamu.
Selidiki Yohanes 13:17
6
Yohanes 13:4-5
Dengan demikian, Yesus berdiri lalu melucutkan jubah-Nya dan mengikat sehelai tuala di pinggang-Nya. Kemudian Dia menuang air ke dalam sebuah baldi lalu membasuh kaki murid-murid-Nya dan mengeringkannya dengan tuala di pinggang-Nya.
Selidiki Yohanes 13:4-5
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video