Pakailah kain perkabungan dan merataplah, wahai para imam,
meraung-raunglah, wahai para petugas mazbah.
Masuk dan bermalamlah dengan memakai kain perkabungan,
wahai para petugas Allahku,
kerana persembahan bahan makanan dan persembahan minuman
telah ditahan daripada Bait Allahmu.