1
Matius 25:40
Alkitab Versi Borneo
Raja akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.’
Bandingkan
Selidiki Matius 25:40
2
Matius 25:21
Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’
Selidiki Matius 25:21
3
Matius 25:29
Demikianlah, kepada setiap orang yang mempunyai sesuatu akan diberi lebih lagi, sehingga dia penuh kelimpahan; sebaliknya orang yang tidak mempunyai sesuatu, apa yang ada padanya pun akan diambil.
Selidiki Matius 25:29
4
Matius 25:13
“Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak tahu hari dan waktunya.”
Selidiki Matius 25:13
5
Matius 25:35
Kerana Aku lapar dan kamu memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu memberi-Ku minuman; Aku orang asing dan kamu menerima-Ku masuk ke rumahmu
Selidiki Matius 25:35
6
Matius 25:23
Tuannya berkata kepadanya, ‘Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit. Aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.’
Selidiki Matius 25:23
7
Matius 25:36
Aku tidak berpakaian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamu melawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datang kepada-Ku.’
Selidiki Matius 25:36
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video