Pada hari itu kitab Musa dibaca di hadapan umat yang mendengarkannya. Kemudian didapati tertulis di dalamnya bahawa tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk menyertai jemaah Allah untuk selama-lamanya, atas sebab dahulunya mereka tidak menyambut orang Israel dengan roti dan air minum, tetapi mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel. Namun begitu, Allah kami mengubah kutukan itu untuk menjadi berkat.