1
KISAH RASUL-RASUL 2:38
Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
Petrus menjawab, “Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Yesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Allah, iaitu Roh Allah.
Bandingkan
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:38
2
KISAH RASUL-RASUL 2:42
Dengan tekun mereka menerima ajaran daripada rasul-rasul. Mereka hidup bersaudara, makan bersama-sama, dan berdoa bersama-sama.
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:42
3
KISAH RASUL-RASUL 2:4
Mereka semua dikuasai oleh Roh Allah. Mereka mula berkata-kata dalam pelbagai bahasa lain, menurut apa yang diberikan oleh Roh Allah kepada mereka.
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:4
4
KISAH RASUL-RASUL 2:2-4
Tiba-tiba terdengar bunyi dari langit seperti tiupan angin yang kuat. Bunyi itu memenuhi rumah tempat mereka sedang duduk. Lalu mereka nampak sesuatu yang menyerupai lidah api yang menjalar dan menghinggapi setiap orang di situ. Mereka semua dikuasai oleh Roh Allah. Mereka mula berkata-kata dalam pelbagai bahasa lain, menurut apa yang diberikan oleh Roh Allah kepada mereka.
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:2-4
5
KISAH RASUL-RASUL 2:46-47
Tiap-tiap hari mereka berkumpul di Rumah Tuhan, dan mereka makan bersama di rumah mereka dengan sukacita dan rendah hati. Mereka memuji Allah dan mereka dihormati oleh semua orang. Tiap-tiap hari Tuhan menambah bilangan mereka dengan orang yang diselamatkan oleh Allah.
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:46-47
6
KISAH RASUL-RASUL 2:17
Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang. Anak-anak lelaki dan perempuan kamu akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka; orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka, orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka.
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:17
7
KISAH RASUL-RASUL 2:44-45
Semua pengikut Kristus berkumpul dengan penuh keakraban, dan mereka berkongsi milik. Mereka menjual harta milik dan membahagi-bahagikan wang itu di kalangan mereka menurut keperluan masing-masing.
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:44-45
8
KISAH RASUL-RASUL 2:21
Pada masa itu, sesiapa yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.’
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:21
9
KISAH RASUL-RASUL 2:20
matahari akan menjadi gelap, dan bulan menjadi merah seperti darah, sebelum Hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu datang.
Selidiki KISAH RASUL-RASUL 2:20
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video