1
LUKAS 9:23
Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
Setelah itu Dia berkata kepada orang ramai, “Sesiapa yang hendak mengikut Aku mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib tiap-tiap hari dan mengikut Aku.
Bandingkan
Selidiki LUKAS 9:23
2
LUKAS 9:24
Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mendapat hidup yang sejati.
Selidiki LUKAS 9:24
3
LUKAS 9:62
Yesus berkata kepadanya, “Orang yang mula membajak, tetapi selalu menoleh ke belakang, tidak layak menikmati Pemerintahan Allah.”
Selidiki LUKAS 9:62
4
LUKAS 9:25
Apa gunanya jika seorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati ataupun dihukum?
Selidiki LUKAS 9:25
5
LUKAS 9:26
Jika seseorang malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, maka Anak Manusia juga akan malu mengakui orang itu apabila Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya dan dengan kemuliaan Bapa serta kemuliaan malaikat-malaikat yang suci!
Selidiki LUKAS 9:26
6
LUKAS 9:58
Yesus menjawab, “Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat.”
Selidiki LUKAS 9:58
7
LUKAS 9:48
Lalu Dia berkata kepada mereka, “Sesiapa yang menyambut kanak-kanak ini kerana Aku, menyambut Aku. Dan sesiapa yang menyambut Aku, juga menyambut Dia yang mengutus Aku. Sesiapa yang terkecil antara kamu, dialah yang terbesar!”
Selidiki LUKAS 9:48
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video