1
YOSUA 10:13
Alkitab Berita Baik
Matahari berhenti dan bulan pun tidak bergerak sehingga umat Israel telah mengalahkan musuh mereka. Kisah ini tertulis di dalam Kitab Yasar. Matahari berhenti di tengah-tengah langit sehari suntuk, dan lama sekali barulah matahari terbenam pada hari itu.
Bandingkan
Selidiki YOSUA 10:13
2
YOSUA 10:12
Pada hari TUHAN memberikan kemenangan kepada umat Israel terhadap orang Amori, Yosua bercakap dengan TUHAN. Di hadapan umat Israel Yosua berkata, “Hai matahari, berhentilah di atas Gibeon. Hai bulan, berhentilah di atas Lembah Ayalon.”
Selidiki YOSUA 10:12
3
YOSUA 10:14
Baik pada masa lampau mahupun sejak hari itu, hal seperti itu tidak pernah berlaku apabila TUHAN menurut keinginan manusia. Pada hari itu TUHAN berperang bagi pihak umat Israel.
Selidiki YOSUA 10:14
4
YOSUA 10:8
TUHAN berfirman kepada Yosua, “Janganlah takut akan mereka. Aku telah memberi engkau kemenangan. Tidak seorang pun daripada mereka akan dapat menentang engkau.”
Selidiki YOSUA 10:8
5
YOSUA 10:25
Setelah itu Yosua berkata kepada para panglimanya, “Jangan takut ataupun tawar hati. Kamu mesti yakin dan berani kerana inilah yang akan dilakukan TUHAN kepada semua musuh kamu.”
Selidiki YOSUA 10:25
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video