1
MARKUS 14:36
Alkitab Berita Baik
Dia berdoa, “Bapa, ya Bapa-Ku! Tidak ada satu perkara yang mustahil bagi Bapa. Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”
Bandingkan
Selidiki MARKUS 14:36
2
MARKUS 14:38
Lalu Dia berkata kepada mereka semua, “Berjaga-jagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang roh kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana kamu lemah.”
Selidiki MARKUS 14:38
3
MARKUS 14:9
Ingatlah! Di seluruh dunia, di mana sahaja Berita Baik dikhabarkan, perbuatan wanita ini akan diceritakan untuk mengenang dia.”
Selidiki MARKUS 14:9
4
MARKUS 14:34
Dia berkata kepada mereka, “Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah!”
Selidiki MARKUS 14:34
5
MARKUS 14:22
Ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti dan mengucap syukur kepada Allah, lalu membahagikan roti itu. Kemudian Dia memberikan roti itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, “Ambillah dan makanlah, ini tubuh-Ku.”
Selidiki MARKUS 14:22
6
MARKUS 14:23-24
Kemudian Dia mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Allah, lalu memberikan cawan itu kepada pengikut-pengikut-Nya. Kemudian mereka semua minum dari cawan itu. Yesus berkata, “Inilah darah-Ku yang dicurahkan untuk banyak orang, darah yang mengesahkan perjanjian Allah.
Selidiki MARKUS 14:23-24
7
MARKUS 14:27
Yesus berkata kepada mereka, “Kamu semua akan lari meninggalkan Aku, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan membunuh gembala itu, lalu kawanan dombanya akan tercerai-berai.’
Selidiki MARKUS 14:27
8
MARKUS 14:42
Bangunlah, marilah kita pergi. Lihatlah, orang yang mengkhianati Aku sudah datang!”
Selidiki MARKUS 14:42
9
MARKUS 14:30
Yesus berkata kepadanya, “Ingatlah, sebelum ayam berkokok dua kali malam ini, tiga kali engkau akan berkata bahawa engkau tidak mengenal Aku.”
Selidiki MARKUS 14:30
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video