Setelah bekerja selama 52 hari, seluruh tembok itu selesai diperbaiki pada hari kedua puluh lima bulan Elul. Apabila musuh-musuh kami dari negeri-negeri jiran mendengar hal itu, mereka sedar bahawa mereka telah dipermalukan, kerana setiap orang tahu bahawa pekerjaan itu dilakukan dengan pertolongan Allah sendiri.