Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh,
mereka tidak mentaati perintah-Mu.
Mereka tidak mahu patuh;
mereka melupakan segala perbuatan-Mu,
dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu.
Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua,
untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula.
Tetapi Engkau Allah yang mengampuni;
Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih;
Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.