1
AMSAL 10:22
Alkitab Berita Baik
Berkat TUHAN sahajalah yang menjadikan orang kaya. Kerja keras tidak akan menambah kekayaan.
Bandingkan
Selidiki AMSAL 10:22
2
AMSAL 10:19
Semakin banyak bercakap, semakin besar kemungkinan berdosa. Orang bijak berhati-hati dengan kata-kata mereka.
Selidiki AMSAL 10:19
3
AMSAL 10:12
Kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih mengampunkan segala kesalahan.
Selidiki AMSAL 10:12
4
AMSAL 10:4
Orang malas akan jatuh miskin, tetapi orang rajin akan menjadi kaya.
Selidiki AMSAL 10:4
5
AMSAL 10:17
Orang yang menerima teguran akan hidup sejahtera, tetapi orang yang tidak mahu mengakui kesalahannya berada dalam bahaya.
Selidiki AMSAL 10:17
6
AMSAL 10:9
Orang jujur akan hidup aman, tetapi orang yang menipu akhirnya akan ketahuan.
Selidiki AMSAL 10:9
7
AMSAL 10:27
Orang yang takut dan hormat kepada TUHAN akan hidup lama; orang jahat akan mati sebelum saatnya.
Selidiki AMSAL 10:27
8
AMSAL 10:3
TUHAN tidak akan membiarkan orang baik kelaparan, tetapi Dia menghalang orang jahat mencapai hasrat mereka.
Selidiki AMSAL 10:3
9
AMSAL 10:25
Orang jahat lenyap apabila ribut melanda, tetapi orang jujur tetap selamat.
Selidiki AMSAL 10:25
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video