1
AMSAL 4:23
Alkitab Berita Baik
Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu.
Bandingkan
Selidiki AMSAL 4:23
2
AMSAL 4:26
Buatlah rancanganmu dengan teliti supaya apa sahaja yang kamu lakukan akan berjaya.
Selidiki AMSAL 4:26
3
AMSAL 4:24
Jangan katakan apa yang tidak benar. Jangan ucapkan dusta dan kata-kata yang menyesatkan orang.
Selidiki AMSAL 4:24
4
AMSAL 4:7
Perkara yang paling mustahak yang harus kamu usahakan adalah mendapat hikmat. Apa pun yang kamu kejar, yang terutama adalah mendapat pengertian.
Selidiki AMSAL 4:7
5
AMSAL 4:18-19
Kehidupan orang baik bagaikan terbitnya matahari, kian lama kian cerah sehingga hari pun terang. Tetapi kehidupan orang jahat gelap seperti malam. Mereka tersandung dan jatuh, namun tidak dapat melihat apa yang menyebabkannya.
Selidiki AMSAL 4:18-19
6
AMSAL 4:6
Jangan tinggalkan hikmat, maka hikmat akan melindungi kamu; cintailah hikmat, maka hikmat akan menjaga kamu agar kamu selamat.
Selidiki AMSAL 4:6
7
AMSAL 4:13
Hendaklah kamu sentiasa ingat akan ajaran yang telah kamu terima daripadaku. Jagalah ajaran itu baik-baik, kerana dengan ajaran itu hidupmu akan berhasil.
Selidiki AMSAL 4:13
8
AMSAL 4:14
Jangan ke tempat orang jahat pergi dan jangan contohi mereka.
Selidiki AMSAL 4:14
9
AMSAL 4:1
Hai anak-anak, dengarlah ajaran bapa kamu. Dengarlah baik-baik, supaya kamu menjadi arif.
Selidiki AMSAL 4:1
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video