Injil Yahya 20:24-31

Injil Yahya 20:24-31 KEAS

¶ Adapun Thomas yang tŭrsŭbut Didimus, itu pun sa’orang deripada duablas murid, maka tiadalah iya bŭrsama sama dŭngan marika itu pada masa Isa datang itu. Maka bŭrkatalah sagala murid lain itu pada Thomas, Bahwa kami sudah mŭlihat Tuhan. Maka jawabnya pada marika itu, Jikalau tiada aku mŭlihat bŭkas paku yang pada tangannya, dan dapat masok jariku pada bŭkas paku itu, dan masok tanganku kŭdalam rusoknya, maka tiadalah aku mahu pŭrchaya. ¶ Bŭrmula sŭtlah lŭpas dŭlapan hari, maka bŭrhimpunlah pula murid murid itu dalam rumah itu, dan Thomas pun ada bŭrsama sama, maka pintu pun tŭrkunchi, tiba tiba datanglah Isa tŭrdiri ditŭngah tŭngah, lalu bŭrkata, Slamatlah kamu. Kumdian maka bŭrkatalah iya pada Thomas, Unjokkanlah jarimu kŭmari, lihatlah ulihmu akan tanganku, maka unjokkanlah tanganmu, masokkanlah dia kŭdalam rusokku; maka janganlah angkau shak lagi, tŭtapi pŭrchayalah. Maka sahut Thomas sŭrta bŭrkata padanya, Ya Tuhanku, dan Allahku. Maka kata Isa padanya, Thomas, sŭbab angkau sudah mŭlihat aku, bahrulah angkau pŭrchaya? bahwa slamatlah orang yang tiada mŭlihat, tŭtapi pŭrchaya juga. ¶ Maka sŭsungguhnya Isa tŭlah mŭngadakan bŭbrapa mujizat lain lain dihadapan murid muridnya, yang tiada dituliskan dalam kitab ini. Tŭtapi sagala pŭrkara ini sudah tŭrtulis, supaya kamu pŭrchaya, bahwa Isa itu Almasih anak Allah adanya; dan lagi sŭbab pŭrchaya itu kamu bulih bŭrulih slamat kŭkal ulih namanya.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan Injil Yahya 20:24-31