Adapun anaknya yang tua itu adalah diladang, maka tŭngah iya datang hampir dŭkat kŭrumah, didŭngarnyalah bunyi bunyian dan mŭnari. Lalu dipanggilnya sa’orang hamba itu, ditanyanya, Apakah artinya pŭrkara pŭrkara ini skalian? Maka katanya kapadanya, Saudaramu itu tŭlah datang, maka bapamu tŭlah mŭnyŭmblih akan anak lŭmbu yang tŭmbun, kŭrna iya tŭlah mŭnyambut akan dia dŭngan slamat dan samporna. Maka marahlah iya, lalu tiada iya mahu masok; maka sŭbab itu kluarlah bapanya itu, lalu dibujoknya masok akan dia. Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapada bapanya, Hie tengoklah, sŭkian banyak tahun aku tŭlah mŭngŭrjakan angkau, maka tiada aku bŭrsalahan pada barang bila hukummu, mŭski pun dŭmkian, bŭlom pŭrnah angkau mŭmbri akan daku sa’ekor anak kambing, supaya bulih aku bŭrsuka suka dŭngan sahabat sahabatku. Tŭtapi sŭrta anakmu itu sudah datang, yang tŭlah mŭmbinasakan hartamu itu kapada pŭrampuan pŭrampuan sundal, angkau tŭlah mŭnyŭmblihkan akan dia anak lŭmbu tŭmbun itu. Maka katanya kapadanya, Anak, angkau ada slamanya dŭngan aku, maka sagala yang ada kapadaku itu angkau punya. Maka patutlah kami bŭrsuka suka dan tŭrmasa, kŭrna saudaramu ini tŭlah mati, maka iya hidop pula, dan tŭlah hilang, iya tŭlah didapati.
Baca Injil Lukas 15
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Injil Lukas 15:25-32
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video