1 Tawarikh 28
28
Pesanan terakhir Raja Daud tentang pembinaan Bait Suci
1Daud menghimpunkan semua pembesar Israel di Yerusalem, iaitu para pemimpin suku, para pemimpin rombongan yang melayani raja, para pemimpin pasukan seribu dan pemimpin pasukan seratus, serta para pegawai yang mengawasi segala harta benda dan ternakan milik raja juga para anaknya. Mereka dikumpulkan bersama-sama para pegawai istana, orang yang berpengaruh, dan semua kesateria yang gagah perkasa.
2 # 2Sam 7:1-16; 1Taw 17:1-14. Kemudian berdirilah Raja Daud dan berkata, “Dengarlah, wahai para saudaraku dan rakyatku! Aku telah berniat membina rumah perhentian bagi tabut perjanjian TUHAN dan bagi alas kaki#28:2 Atau: Tumpuan kaki. Allah kita. Aku pun sudah mengadakan segala persediaan untuk membinanya. 3Akan tetapi, Allah berfirman kepadaku, ‘Engkau tidak boleh membina bait bagi nama-Ku, kerana engkau seorang pejuang dan telah banyak menumpahkan darah.’ 4Namun demikian, TUHAN, Allah Israel, memilih aku daripada kalangan segenap kaum keluargaku untuk menjadi raja atas Israel selama-lamanya, kerana Dia telah memilih Yehuda sebagai pemimpin. Daripada keturunan kaum Yehuda, Dia memilih kaum keluargaku, dan daripada anak-anak ayahku, Dia berkenan mengangkat aku menjadi raja atas seluruh Israel. 5Daripada kesemua anakku — kerana TUHAN mengurniai aku ramai anak — Dia memilih Salomo, anakku, untuk duduk di atas takhta kerajaan yang ditetapkan TUHAN, iaitu atas Israel.
6Firman-Nya kepadaku, ‘Anakmu Salomo, dialah yang akan membina bait dan pelataran-Ku, kerana Aku telah memilih dia untuk menjadi anak bagi-Ku dan Aku akan menjadi Bapa baginya. 7Aku akan mengukuhkan kerajaannya untuk selama-lamanya jika dia tetap mematuhi segala perintah dan peraturan-Ku seperti pada hari ini.’
8Maka sekarang, di hadapan mata semua orang Israel, jemaah TUHAN, dan dengan didengar oleh Allah kita, kukatakan kepadamu peganglah teguh dan taatilah segala perintah TUHAN, Allahmu. Dengan demikian kamu dapat tetap memiliki negeri yang baik ini dan mewariskannya sebagai harta pusaka kepada para anakmu kelak untuk selama-lamanya.
9Engkaulah, anakku Salomo, kenalilah Allah ayahmu dan beribadatlah kepada-Nya dengan hati yang tulus dan jiwa yang ikhlas, kerana TUHAN mengerti setiap hati dan mengerti setiap angan-angan serta fikiran. Jika engkau mencari hadirat-Nya, maka Dia akan berkenan ditemukan olehmu. Tetapi jika engkau meninggalkan-Nya, maka Dia akan membuang engkau untuk selama-lamanya. 10Berwaspadalah sekarang, kerana engkau telah dipilih TUHAN untuk membina sebuah bait sebagai tempat suci. Kuatkanlah hatimu dan laksanakanlah perkara itu.”
11Kemudian Daud memberikan kepada Salomo, anaknya, rajah serambi Bait Suci, rumah-rumahnya, perbendaharaannya, bilik-bilik atasnya, bilik-bilik dalamnya, dan tempat bagi korban pendamaian. 12Diberikannya juga rajah berkenaan semua yang ada dalam fikirannya mengenai laman dalaman rumah TUHAN dan semua bilik yang mengelilinginya, mengenai perbendaharaan Bait Allah dan perbendaharaan persembahan suci, 13mengenai rombongan-rombongan para imam dan bani Lewi, mengenai segala pekerjaan dan segala alat kelengkapan untuk ibadat di Bait TUHAN, 14mengenai berat emas untuk segala alat kelengkapan emas dan berat perak untuk segala alat kelengkapan perak pada tiap-tiap ibadat: 15berapa berat emas yang diperlukan untuk setiap kaki pelita emas dan pelita emasnya, dan berat perak yang diperlukan untuk tiap-tiap kaki pelita perak dan pelitanya, selaras dengan penggunaan kaki-kaki pelita di dalam ibadat; 16berapa berat emas yang diperlukan untuk masing-masing meja roti persembahan, dan perak untuk meja-meja perak; 17berat emas tulen untuk garpu-garpu, bokor-bokor, piala-piala, dan tiap-tiap cawan emas, juga berat perak yang diperlukan untuk tiap-tiap cawan; 18berat emas yang dimurnikan untuk mazbah pembakaran dupa menurut yang diperlukan; dan emas untuk rajah rata tempat malaikat kerubin yang mengembangkan sayap menudungi tabut perjanjian TUHAN. 19Kata Daud, “Semua itu terdapat dalam tulisan yang diilhamkan TUHAN kepadaku, iaitu semua pekerjaan yang harus dilakukan menurut rajah itu.”
20Daud berkata pula kepada Salomo, anaknya, “Kuatkan serta mantapkanlah hatimu, dan bekerjalah! Jangan takut dan jangan kecut hati, kerana TUHAN Allah, iaitu Allahku, menyertai engkau. Dia tidak akan menterlantarkan atau meninggalkan engkau hingga seluruh pekerjaan untuk ibadat di Bait TUHAN itu selesai. 21Sesungguhnya, rombongan para imam dan bani Lewi ada untuk melaksanakan segala ibadat di rumah TUHAN. Dalam semua pekerjaan itu, engkau akan disertai oleh semua sukarelawan yang ahli dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pembesar dan segenap umat ini sepenuhnya ada di bawah perintahmu.”
Terpilih Sekarang Ini:
1 Tawarikh 28: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: