1 Raja-Raja 15
15
Pemerintahan Abiam, raja Yehuda
1Pada tahun kelapan belas zaman pemerintahan Raja Yerobeam anak Nebat, Abiam menaiki takhta atas Yehuda. 2Tiga tahun lamanya dia bertakhta di Yerusalem. Nama ibunya ialah Maakha anak Abisalom.
3Dia mengikuti segala dosa yang telah dilakukan ayahnya sebelumnya. Hatinya tidak tulus kepada TUHAN, Allahnya, seperti hati Daud, leluhurnya. 4#1Raj 11:36.Tetapi kerana Daud maka TUHAN, Allahnya, mengurniakan sebuah pelita kepadanya di Yerusalem dengan mengangkat anaknya untuk menggantikannya, serta dengan meneguhkan Yerusalem 5#2Sam 11:1-27.lantaran Daud telah melakukan apa yang benar di mata TUHAN dan tidak menyimpang daripada segala yang diperintahkan-Nya seumur hidupnya, kecuali dalam perkara Uria, orang Het itu. 6#2Taw 13:3-21.Peperangan yang sebelumnya terjadi antara Rehabeam dengan Yerobeam terus berlanjutan seumur hidup Abiam. 7Riwayat Abiam selebihnya dan semua yang dilakukannya, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Yehuda? Ada peperangan antara Abiam dengan Yerobeam.
8Kemudian Abiam dibaringkan bersama-sama nenek moyangnya dan dia dimakamkan di Kota Daud. Maka Asa, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.
Asa, raja Yehuda
9Pada tahun kedua puluh pemerintahan Yerobeam, raja Israel, Asa menaiki takhta atas Yehuda. 10Empat puluh satu tahun lamanya Asa bertakhta di Yerusalem. Nama neneknya ialah Maakha anak Abisalom. 11Asa melakukan apa yang benar di mata TUHAN seperti Daud, leluhurnya. 12#2Taw 15:8-15.Dia mengusir pelacur kuil kaum lelaki dari negeri itu dan menyingkirkan segala berhala yang dibuat oleh leluhurnya. 13Bahkan dia juga memecat Maakha, neneknya, daripada kedudukan bonda permaisuri, kerana Maakha membuat patung kekejian bagi Asyera. Asa menebang patung keji itu dan membakarnya di Lembah Kidron. 14Memang bukit-bukit pemujaan tidak disingkirkannya, tetapi hati Asa tulus kepada TUHAN seumur hidupnya. 15Dia membawa ke dalam Bait TUHAN persembahan suci ayahnya dan persembahan dirinya sendiri, iaitu perak, emas, dan berbagai-bagai kelengkapan.
16Ada peperangan antara Asa dengan Baesa, Raja Israel, seumur hidup mereka. 17Baesa, Raja Israel, maju menyerang Yehuda. Dia membina Rama untuk mencegah orang keluar atau masuk ke wilayah Asa, raja Yehuda. 18Maka Asa mengambil semua perak dan emas yang tersisa di dalam perbendaharaan Bait TUHAN serta istana raja, lalu menyerahkannya kepada para pegawainya. Kemudian Raja Asa mengutus mereka kepada Benhadad anak Tabrimon anak Hezion, raja Aram yang tinggal di Damsyik, dengan pesan, 19“Ada perjanjian antara aku dengan tuan, antara ayahku dengan ayah tuan. Lihatlah, aku mengirimkan kepada tuan suatu pemberian, iaitu perak dan emas. Batalkanlah perjanjian tuan dengan Baesa, Raja Israel, supaya dia berundur daripadaku.”
20Benhadad mendengar Raja Asa. Lalu disuruhnya para panglima pasukannya menyerang kota-kota Israel lalu mengalahkan Iyon, Dan, Abel-Bet-Maakha, seluruh Kineret, dan seluruh Tanah Naftali. 21Apabila Baesa mendengar hal itu, berhentilah dia membina Rama, lalu tinggal di Tirza.
22Raja Asa mengerahkan semua orang Yehuda tanpa terkecuali, lalu mereka mengangkut batu dan kayu yang digunakan oleh Baesa untuk membina Rama. Dengan semua itu Raja Asa membina Geba-Benyamin dan Mizpa.
23Seluruh riwayat Asa selebihnya, segala kejayaannya, semua yang dilakukannya, dan kota-kota yang dibinanya, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Yehuda? Tetapi pada masa tuanya dia menderita sakit pada kedua-dua belah kakinya. 24Lalu Asa dibaringkan bersama dengan nenek moyangnya, dan dimakamkan bersama nenek moyangnya di Kota Daud, leluhurnya. Maka Yosafat, anaknya, menaiki takhta untuk menggantikannya.
Pemerintahan Nadab di Israel
25Nadab anak Yerobeam menaiki takhta atas Israel pada tahun kedua pemerintahan Asa, raja Yehuda. Dua tahun lamanya dia bertakhta atas Israel. 26Dia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN serta hidup mengikuti jejak ayahnya dan dosa ayahnya, sehingga menyebabkan orang Israel berdosa pula.
27Baesa anak Ahia daripada keturunan kaum Isakhar bersekongkol melawan Nadab. Pada waktu Nadab dan seluruh Israel mengepung Gibeton, dia dibunuh oleh Baesa di Gibeton, wilayah orang Filistin. 28Peristiwa itu terjadi pada tahun ketiga zaman pemerintahan Asa, raja Yehuda. Maka Baesa menaiki takhta untuk menggantikan Nadab. 29#1Raj 14:10.Sebaik sahaja menaiki takhta, dia menumpaskan seluruh keluarga Yerobeam. Tidak ditinggalkannya bagi Yerobeam seorang pun yang bernyawa. Dia memunahkan kesemuanya, selaras dengan firman yang disampaikan TUHAN dengan perantaraan hamba-Nya Ahia, orang Silo itu. 30Hal itu terjadi kerana dosa-dosa Yerobeam — yang dilakukannya sendiri dan yang menyebabkan orang Israel pun turut berdosa — dan kerana dia membangkitkan murka TUHAN, Allah Israel.
31Riwayat Nadab selebihnya dan semua yang dilakukannya, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Israel? 32Ada peperangan antara Asa dengan Baesa, Raja Israel, seumur hidup mereka.
Pemerintahan Baesa di Israel
33Pada tahun ketiga zaman pemerintahan Asa, raja Yehuda, Baesa anak Ahia bertakhta atas seluruh Israel di Tirza. Selama empat puluh tahun dia bertakhta. 34Dia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN serta hidup mengikuti jejak Yerobeam dan mengikuti dosanya, yang menyebabkan orang Israel turut berdosa.
Terpilih Sekarang Ini:
1 Raja-Raja 15: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: