1 Raja-Raja 22
22
Ahab dan nabi palsu
1Tiga tahun lamanya tidak ada perang antara orang Aram dengan orang Israel. 2Tetapi pada tahun ketiga, Yosafat, raja Yehuda, pergi mendapatkan Raja Israel.
3Kata Raja Israel kepada para pegawainya, “Tahukah kamu bahawa Ramot-Gilead itu milik kita? Tetapi kita berdiam diri sahaja dan tidak merebutnya daripada tangan raja Aram.” 4Lalu katanya kepada Yosafat, “Mahukah tuan berangkat bersama-samaku untuk berperang ke Ramot-Gilead?”
Jawab Yosafat kepada Raja Israel, “Aku ini sehati dengan tuan, rakyatku dengan rakyat tuan, dan kuda-kudaku dengan kuda-kuda tuan.” 5Namun demikian, kata Yosafat kepada Raja Israel, “Sebaiknya cari petunjuk TUHAN dahulu.”
6Maka Raja Israel mengumpulkan nabi seramai kira-kira empat ratus orang lalu bertanya kepada mereka, “Bolehkah aku pergi berperang melawan Ramot-Gilead, atau haruskah aku membatalkannya?”
Jawab mereka, “Pergilah, kerana Tuhan akan menyerahkannya ke dalam tangan Raja.”
7Tetapi kata Yosafat, “Tidak adakah lagi di sini seorang nabi TUHAN, supaya kita dapat mencari petunjuk daripadanya?”
8Kata Raja Israel kepada Yosafat, “Masih ada seorang lagi yang dapat disuruh untuk meminta petunjuk TUHAN, tetapi aku membenci dia, kerana dia tidak pernah menubuatkan hal yang baik tentang aku, melainkan hal yang buruk belaka. Dia ialah Mikha anak Yimla.”
Kata Yosafat, “Janganlah Raja berkata demikian.”
9Kemudian Raja Israel memanggil seorang pegawai istananya dan berkata, “Jemputlah Mikha anak Yimla dengan segera.”
10Pada waktu itu, dengan menyarung pakaian kebesaran masing-masing, Raja Israel dan Yosafat, raja Yehuda, duduk di atas takhta masing-masing di tempat pembantingan di depan pintu gerbang Samaria, sementara semua nabi itu bernubuat di hadapan mereka. 11Zedekia anak Kenaana membuat tanduk-tanduk bagi dirinya daripada besi lalu berkata, “Beginilah firman TUHAN, ‘Dengan inilah tuanku akan menanduk orang Aram sampai mereka tumpas.’ ” 12Semua nabi pun bernubuat demikian, kata mereka, “Majulah ke Ramot-Gilead dan raihlah kejayaan, kerana TUHAN akan menyerahkannya ke dalam tangan Raja.”
13Sementara itu utusan yang pergi memanggil Mikha berkata kepada Mikha, “Ketahuilah, nabi-nabi itu bersatu hati mengatakan hal yang baik kepada raja. Jadi, hendaklah kata-katamu sama dengan kata-kata seorang daripada kalangan mereka. Katakanlah hal yang baik.”
14Jawab Mikha, “Demi TUHAN yang hidup, sesungguhnya apa yang difirmankan TUHAN kepadaku, itulah yang akan kukatakan.”
15Setelah dia sampai di hadapan raja, berkatalah raja kepadanya, “Mikha, bolehkah kami pergi berperang ke Ramot-Gilead, atau haruskah kami membatalkannya?”
Jawabnya kepadanya, “Pergilah dan raihlah kejayaan. TUHAN akan menyerahkannya ke dalam tangan Raja.”
16Tetapi kata raja kepadanya, “Sampai berapa kali aku harus menyuruh engkau bersumpah untuk tidak mengatakan apa-apa kepadaku selain kebenaran dalam nama TUHAN?”
17 # Bil 27:17; Mat 9:36; Mrk 6:34. Kata Mikha, “Aku melihat semua orang Israel tercerai-berai di gunung-gunung seperti domba yang tidak bergembala. Lalu TUHAN berfirman, ‘Mereka ini tidak bertuan. Biarlah mereka pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.’ ”
18Kemudian Raja Israel berkata kepada Yosafat, “Bukankah sudah kukatakan kepadamu bahawa dia tidak pernah menubuatkan hal yang baik tentang aku, melainkan hal yang buruk belaka?”
19 # Ayb 1:6; Yes 6:1. Mikha berkata lagi, “Oleh sebab itu dengarlah firman TUHAN. Aku telah melihat TUHAN duduk di atas takhta-Nya, sementara seluruh angkatan syurga berdiri di sebelah kanan dan kiri-Nya. 20Lalu TUHAN berfirman, ‘Siapakah yang mahu memujuk Ahab supaya dia maju dan tewas di Ramot-Gilead?’ Maka yang satu berkata begini dan yang lain berkata begitu. 21Kemudian tampillah suatu roh, lalu berdiri di hadapan TUHAN. Katanya, ‘Aku akan memujuk dia.’ Firman TUHAN kepadanya, ‘Dengan apa?’ 22Jawabnya, ‘Aku akan keluar dan menjadi roh dusta di dalam mulut semua nabinya.’ Firman-Nya, ‘Engkau akan memujuk dia dan berjaya. Pergilah dan berbuatlah demikian!’
23Sekarang ketahuilah, TUHAN telah mengizinkan roh dusta ditaruh di dalam mulut semua nabi tuanku itu. TUHAN telah menetapkan malapetaka terhadap tuanku.”
24Kemudian Zedekia anak Kenaana mendekati lantas menampar pipi Mikha. Katanya, “Bagaimanakah mungkin roh daripada TUHAN itu berpindah daripadaku untuk berbicara kepadamu?”
25Jawab Mikha, “Sesungguhnya, engkau akan mengetahuinya pada hari itu, ketika engkau masuk ke suatu bilik yang terdalam untuk bersembunyi.”
26Maka Raja Israel memerintahkan, “Tangkap Mikha dan bawa dia kembali kepada Amon, pembesar kota itu, dan kepada Yoas, anak raja. 27Katakanlah, ‘Beginilah perintah raja: Masukkan orang ini ke dalam penjara. Beri dia roti dan air serba sedikit sampai aku pulang dengan selamat.’ ”
28Kata Mikha, “Jika tuanku betul-betul kembali dengan selamat, bererti TUHAN tidak berfirman melalui aku.” Lalu dia berkata, “Dengarlah, wahai bangsa sekalian!”
29Kemudian majulah Raja Israel dengan Yosafat, raja Yehuda, ke Ramot-Gilead. 30Kata Raja Israel kepada Yosafat, “Aku akan memasuki medan perang itu dengan menyamar diri. Tetapi engkau, kenakanlah pakaian kebesaranmu.” Maka menyamarlah Raja Israel, kemudian masuk ke medan perang.
31Sementara itu raja Aram telah memberikan perintah kepada kesemua tiga puluh dua orang panglima pasukan ratanya demikian, “Jangan berperang melawan sesiapa pun, kecil ataupun besar, tetapi lawanlah Raja Israel sahaja.” 32Pada waktu para panglima pasukan rata itu melihat Yosafat, mereka berkata, “Itu raja Israel.” Mereka berputar untuk berperang melawan dia, tetapi Yosafat berteriak. 33Oleh itu, apabila para panglima pasukan rata itu menyedari bahawa dia bukanlah Raja Israel, berhentilah mereka mengejar dia. 34Akan tetapi, ada seseorang menarik busur panah secara sembarangan sahaja, lalu memanah Raja Israel di antara sambungan baju zirahnya. Kemudian raja berkata kepada pengemudi ratanya, “Putar arah! Bawa aku keluar daripada pertempuran ini kerana aku terluka!”
35Peperangan bertambah sengit pada hari itu, tetapi raja tetap ditopang berdiri di dalam rata berhadapan dengan orang Aram hingga dia mati pada petang hari. Darahnya mengalir dari lukanya ke lantai rata. 36Kira-kira pada waktu matahari terbenam, terdengarlah seruan antara pasukan itu, “Pulanglah ke kota serta ke tanah masing-masing!”
37Demikianlah mangkatnya raja. Mereka membawa jenazahnya ke Samaria, lalu memakamkannya di Samaria. 38Rata itu dicuci di tepi kolam Samaria. Anjing-anjing menjilat darahnya, manakala perempuan-perempuan sundal mandi di tempat itu, selaras dengan firman yang telah disampaikan TUHAN.
39Riwayat Ahab selebihnya, termasuk semua yang dilakukannya, istana gading yang dibinanya, dan semua kota yang dibinanya, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Israel? 40Lalu Ahab dibaringkan bersama dengan nenek moyangnya. Maka Ahazia, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.
Yosafat, raja Yehuda
41Yosafat anak Asa menaiki takhta atas Yehuda pada tahun zaman keempat zaman pemerintahan Ahab, Raja Israel. 42Umur Yosafat tiga puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta. Dia bertakhta di Yerusalem selama dua puluh lima tahun. Nama ibunya ialah Azuba anak Silhi. 43Dia hidup mengikuti segala jejak Asa, ayahnya, tanpa menyimpang daripada jalan itu. Dilakukannya apa yang benar di mata TUHAN. Namun demikian, bukit-bukit pemujaan tidak disingkirkannya. Rakyat masih mempersembahkan korban dan membakar dupa di bukit-bukit pemujaan itu. 44Yosafat hidup damai dengan Raja Israel.
45Riwayat Yosafat selebihnya, kejayaan yang dicapainya, dan bagaimana dia berperang, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Yehuda? 46Saki-baki pelacur kuil kaum lelaki yang masih tinggal pada zaman Asa, ayahnya, disingkirkannya dari negeri itu.
47Pada waktu itu tidak ada raja di Edom. Jadi, seorang ketua daerah menjadi raja.
48Yosafat membuat kapal-kapal Tarsis yang berlayar ke Ofir untuk mencari emas, tetapi kapal-kapal itu tidak jadi berlayar kerana pecah di Ezion-Geber. 49Ahazia anak Ahab berkata kepada Yosafat, “Biarlah anak buahku berlayar bersama-sama anak buah tuan di dalam kapal-kapal itu.” Tetapi Yosafat tidak mahu.
50Lalu Yosafat dibaringkan bersama-sama nenek moyangnya dan dimakamkan di sisi nenek moyangnya di Kota Daud, leluhurnya. Maka Yoram, anaknya, menaiki takhta untuk menggantikannya.
Ahazia, raja Israel
51Ahazia anak Ahab bertakhta atas Israel di Samaria pada tahun ketujuh belas pemerintahan Yosafat, raja Yehuda. Dua tahun lamanya dia bertakhta atas Israel. 52Dia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN dan hidup mengikuti jejak ayahnya, jejak ibunya, dan jejak Yerobeam anak Nebat, yang telah menyebabkan orang Israel turut berdosa. 53Dia beribadat kepada Baal dan sujud menyembahnya dan membangkitkan murka TUHAN, Allah Israel, iaitu kemurkaan dalam segala perkara dan cara sebagaimana yang dilakukan sebelumnya oleh ayahnya.
Terpilih Sekarang Ini:
1 Raja-Raja 22: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: