1 Raja-Raja 4
4
Pembesar Raja Salomo dan pejabatnya di daerah
1Maka Salomo menjadi raja atas seluruh Israel. 2Inilah para pembesarnya:
Azarya anak Zadok, menjadi imam;
3Elihoref dan Ahia, anak-anak Sisa, menjadi jurutulis;
Yosafat anak Ahilud, menjadi pencatat sejarah;
4Benaya anak Yoyada, mengetuai tentera;
Zadok dan Abyatar, menjadi imam;
5Azarya anak Natan, mengetuai para pegawai;
Zabud anak Natan, menjadi imam dan sahabat raja;
6Ahisar, mengetuai seisi istana;
Adoniram anak Abda, mengetuai pasukan buruh paksa.
7Selain itu, Salomo mempunyai dua belas orang pegawai atas seluruh Israel, yang harus menyediakan makanan untuk raja dan seisi istananya, masing-masing selama sebulan dalam setahun. 8Inilah nama mereka:
Ben-Hur di Pergunungan Efraim;
9Ben-Deker di Makas, Saalbim, Bet-Semes, dan Elon-Bet-Hanan;
10Ben-Hesed di Arubot, wilayahnya ialah Sokho dan seluruh Tanah Hefer;
11Ben-Abinadab, di seluruh Dataran Tinggi Dor (Tafat anak Salomo menjadi isterinya);
12Baana anak Ahilud di Taanakh, Megido, dan seluruh Bet-Sean di sebelah Sartan di hilir Yizreel, dari Bet-Sean sampai ke Abel-Mehola sampai ke seberang Yokmeam;
13Ben-Geber di Ramot-Gilead, wilayahnya ialah Hawot-Yair di Gilead (Yair ialah anak Manasye), juga kawasan Argob di Basan, enam puluh kota besar yang bertembok dan berpalang pintu gangsa;
14Ahinadab anak Ido, di Mahanaim;
15Ahimaas, di Naftali (dia memperisteri Basmat anak Salomo);
16Baana anak Husai di Asyer dan di Alot;
17Yosafat anak Paruah, di Isakhar;
18Simei anak Ela, di Benyamin;
19Geber anak Uri, di Tanah Gilead (negeri Sihon, raja orang Amori, dan Og, raja Basan), dialah satu-satunya pembesar yang ada di bumi itu.
Kebesaran dan kemasyhuran Raja Salomo
20Ramainya umat Yehuda dan umat Israel adalah seperti pasir di tepi laut. Mereka itu makan, minum, dan bersuka ria. 21#Kej 15:18; 2Taw 9:26.Salomo menjadi penguasa atas seluruh kerajaan, mulai Sungai Efrat sampai ke negeri orang Filistin, bahkan sampai ke perbatasan Mesir. Mereka membawa persembahan dan menjadi warga takluk kepada Salomo seumur hidup.
22Keperluan makanan Salomo untuk sehari ialah: 30 kor tepung terbaik, 60 kor tepung biasa, 2310 ekor lembu yang tambun, 20 ekor lembu gembalaan, dan 100 ekor domba, di samping rusa, kijang, pelanduk, dan unggas yang gemuk.
24Ruang lingkup kekuasaannya meliputi seluruh kawasan di sebelah barat Sungai Efrat, dari Tifsah sampai ke Gaza, dan semua raja di sebelah barat Sungai Efrat; segala penjuru kawasannya aman dan damai. 25Seumur hidup Salomo, orang Yehuda dan orang Israel dari Dan sampai Bersyeba tinggal dengan aman damai, masing-masing memiliki pokok anggur serta pokok ara.
26 # 1Raj 10:26; 2Taw 1:14; 9:25. Salomo mempunyai 40,000 buah kandang untuk kuda penarik segala ratanya, dan 12,000 orang anggota pasukan berkuda. 27Pada bulan yang telah ditentukan, setiap pegawainya harus menyediakan makanan untuk Raja Salomo dan semua orang yang ikut makan di meja Raja Salomo. Mereka harus memastikan bahawa tidak ada sesuatu pun yang kurang. 28Selaras dengan kewajipan masing-masing, mereka membawa barli dan jerami untuk semua kuda biasa serta kuda teji.
29Allah mengurniai Salomo kebijaksanaan dan pengertian yang luar biasa serta wawasan yang luas seperti hamparan pasir di tepi laut. 30Kebijaksanaan Salomo melebihi kebijaksanaan seluruh bani Timur dan segala kebijaksanaan orang Mesir. 31#Mzm 89.Dia lebih bijak daripada semua orang, daripada Etan, orang Ezrahi, atau Heman, Kalkol, dan Darda, anak-anak Mahol. Maka masyhurlah namanya dalam kalangan semua bangsa di sekelilingnya. 32#Ams 1:1; 10:1; 25:1; Kid 1:1.Dia mengarang tiga ribu pepatah, dan lagu karyanya berjumlah 1,005 buah. 33Dia berbicara mengenai pepohonan, dari pokok araz di Lebanon sampai hisop yang tumbuh di dinding. Dia juga berbicara mengenai binatang, burung, binatang melata, dan ikan. 34Orang daripada segala bangsa datang untuk mendengar kebijaksanaan Salomo. Mereka ini utusan daripada semua raja di bumi yang telah mendengar tentang kebijaksanaannya itu.
Terpilih Sekarang Ini:
1 Raja-Raja 4: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: