2 Tawarikh 4
4
Segala kelengkapan Bait Suci
1 # Kel 27:1,2. Salomo membuat sebuah mazbah daripada gangsa berukuran sepanjang dua puluh hasta, selebar dua puluh hasta dan setinggi sepuluh hasta. 2Selanjutnya dibuatnya kolam logam tuangan bulat berkeliling berukuran sepuluh hasta dari tepi ke tepi, setinggi lima hasta, dan dapat dililit oleh tali pengukur sepanjang tiga puluh hasta. 3Di bawah tepi kolam itu ada arca lembu jantan yang mengitari sekelilingnya, sepuluh ekor dalam sehasta. Arca lembu yang terdiri daripada dua deret dibuat setuangan dengan kolam itu. 4Kolam itu didirikan di atas dua belas ekor lembu jantan: tiga menghadap ke utara, tiga menghadap ke barat, tiga menghadap ke selatan, dan tiga menghadap ke timur. Kolam itu ditempatkan di atas lembu-lembu jantan itu, dengan semua buntut lembu itu mengarah ke dalam. 5Tebal kolam itu setelapak tangan dan tepinya dibuat seperti tepi cawan, seperti bunga bakung yang mengembang. Kolam itu dapat memuat tiga ribu bat air. 6#Kel 30:17-21.Dia juga membuat sepuluh buah bejana pembasuhan lalu meletakkan lima buah di sebelah kanan dan lima buah di sebelah kiri sebagai tempat pembasuhan. Apa-apa sahaja yang terpakai untuk korban bakaran dibasuh di situ, tetapi tempat pembasuhan bagi para imam ialah kolam tadi.
7 # Kel 25:31-40. # Kel 25:23-30. Setelah itu, dia membuat sepuluh buah kaki pelita emas selaras dengan aturannya lalu diletaknya di dalam Bait Suci, lima buah di sebelah kanan dan lima buah di sebelah kiri. 8Dia juga membuat sepuluh buah meja dan menempatkannya di dalam Bait Suci, lima buah di sebelah kanan dan lima buah di sebelah kiri, lalu dibuatnya seratus biji bokor emas.
9Kemudian dia membuat pelataran para imam, halaman besar, dan pintu-pintu halaman itu, lalu disalutnya pintu-pintu itu dengan gangsa. 10Kolam ditempatkannya di sebelah selatan bait, di arah tenggara.
11Huram juga membuat periuk, penyodok, dan bejana.
Demikianlah Huram selesai pekerjaan yang harus dilakukannya bagi Raja Salomo di Rumah Allah:
12dua batang tiang;
mangkuk kepala tiang yang ada di atas dua batang tiang itu;
kedua-dua jala yang menudungi dua biji mangkuk kepala tiang itu;
13empat ratus buah delima untuk kedua-dua jala itu, dua deret pada setiap jala, yang menudungi dua biji mangkuk kepala tiang itu;
14penopang dengan bejana-bejana pembasuhan di atas penopang itu;
15dan kolam tuangan dengan kesemua dua belas arca lembu jantan di bawahnya.
16Periuk, penyodok, garpu dan segala kelengkapan yang dibuat Huram-Abi bagi Raja Salomo untuk Bait TUHAN adalah daripada gangsa yang digilap.
17Raja menyuruh agar semua itu dituang di Lembah Yordan, di antara Sukot dengan Zereda#4:17 Nama Ibr yang lain ialah Sartan., dalam tanah liat. 18Semua kelengkapan itu dibuat Salomo dalam jumlah yang amat besar, sehingga tidak dapat diketahui berat gangsa itu.
19Salomo juga membuat segala alat kelengkapan yang ada di Rumah Allah: mazbah daripada emas; meja-meja tempat roti persembahan; 20kaki-kaki pelita dengan pelita-pelitanya daripada emas murni, untuk dinyalakan di depan ruang belakang selaras dengan aturannya; 21bunga-bunganya, pelita-pelitanya, dan penyepit-penyepitnya terbuat daripada emas, iaitu emas murni; 22sepit, bokor, pedupaan, dan perbaraannya yang diperbuat daripada emas murni; pintu masuk bait itu, pintu-pintu sebelah dalam menuju Tempat Yang Maha Suci, dan pintu ruang besar Bait Suci itu yang diperbuat daripada emas.
Terpilih Sekarang Ini:
2 Tawarikh 4: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: