Logo Apl Bible
Ikon Carian

Kejadian 25:29-34

Kejadian 25:29-34 AVB

Pada satu kali ketika Yakub sedang memasak sesuatu, Esau pulang dari padang berasa lapar sekali. Lalu Esau berkata kepada Yakub, “Berilah aku makan sedikit yang merah-merah itu, kerana aku amat lapar.” Itulah sebabnya dia dinamai Edom. Kata Yakub, “Juallah dahulu kepadaku hakmu sebagai anak sulung.” Kata Esau, “Sebentar lagi aku mati. Apakah gunanya hak sebagai anak sulung itu bagiku?” Kata Yakub, “Bersumpahlah dahulu kepadaku.” Maka bersumpahlah dia kepadanya dan dijualnyalah haknya sebagai anak sulung itu kepada Yakub. Kemudian Yakub memberi Esau roti dan masakan kacang merah itu. Esau makan dan minum, lalu bangkit dan pergi. Demikianlah Esau meremehkan haknya sebagai anak sulung itu.