Logo Apl Bible
Ikon Carian

Kejadian 37:23-28

Kejadian 37:23-28 AVB

Maka setibanya Yusuf di tempat para saudaranya, mereka menanggalkan jubahnya, iaitu jubah indah berlengan panjang yang dipakainya itu, lalu membawa dia dan melemparkannya ke dalam sebuah perigi yang kosong, tidak berair. Setelah itu, mereka pun duduk untuk makan roti. Ketika mendongak, mereka terlihat ada sebuah kafilah bani Ismael yang datang dari Gilead. Unta mereka sarat dengan muatan rempah-ratus, balsam, dan damar wangi untuk dibawa ke Mesir. Lalu berkatalah Yehuda kepada para saudaranya, “Apa untungnya kita membunuh adik kita dan menyembunyikan darahnya? Mari kita jualkannya kepada bani Ismael ini. Jangan kita cederakan dia, kerana dia memang adik kita, darah daging kita.” Maka para saudaranya pun menyetujui kata-katanya. Ketika para saudagar Midian itu tiba berdekatan mereka, Yusuf ditarik dan diangkat keluar dari dalam perigi, lalu dijual kepada bani Ismael itu dengan harga dua puluh keping perak. Maka kumpulan orang itu pun membawa Yusuf ke Mesir.