Kejadian 6
6
Kedurjanaan manusia
1 # Ayb 1:6; 2:1. Ketika manusia mula menjadi semakin ramai di muka bumi, dan mereka melahirkan anak-anak perempuan, 2anak-anak Allah#6:2 Atau: ‘Para insan ciptaan Allah.’ Ramai sarjana memahami frasa ‘anak Allah’ sebagai malaikat yang ‘tidak taat kepada batas-batas kekuasaan mereka.’ melihat betapa elok paras rupa anak perempuan manusia itu. Lalu mereka memperisteri sesiapa sahaja perempuan yang dipilih mereka. 3Maka TUHAN berfirman, “Roh-Ku tidak selama-lamanya akan menyertai manusia yang fana fitrahnya. Umur mereka akan cuma 120 tahun sahaja.” 4#Bil 13:33; Sir 16:7; Bar 3:26.Orang Nefilim#6:4 Orang Nefilim: Ramai sarjana menganggap mereka sebagai ‘manusia raksasa.’ juga menghuni bumi pada zaman itu, dan juga pada zaman sesudahnya, iaitu ketika anak-anak Allah#6:4 Atau: Insan ciptaan Allah. meniduri anak perempuan manusia yang seterusnya melahirkan anak untuk para manusia itu. Golongan manusia itulah para wira gagah perkasa pada zaman purba yang termasyhur nama mereka.
5 # Mat 24:37; Luk 17:26; 1Ptr 3:20. Namun begitu, TUHAN melihat kejahatan manusia besar di bumi, dan segala hasrat dan kecenderungan hati mereka sentiasa tertumpu pada kejahatan sahaja. 6Maka menyesallah TUHAN kerana Dia telah menjadikan manusia di bumi dan hal itu mendukakan hati-Nya. 7Berfirmanlah TUHAN, “Aku akan menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi — manusia dan juga haiwan, termasuk haiwan yang melata, dan burung-burung di udara — kerana hati-Ku kesal bahawa Aku telah menjadikan kesemuanya.” 8Tetapi Nuh mendapat rahmat di mata TUHAN.
Nuh dan banjir besar
9 # Sir 44:17,18; 2Ptr 2:5. Inilah riwayat Nuh. Dalam kalangan yang sezaman dengannya, Nuh seorang yang benar dan tidak tercela. Dia hidup akrab dengan Allah. 10Nuh dikurniai tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Ham, dan Yafet. 11Pada ketika itu, bumi sudah hancur di hadapan Allah dan penuh dengan keganasan. 12Allah mengamati bumi, dan sesungguhnya betapa hancurnya bumi kerana kehidupan semua manusia bergelumang dengan dosa.
13Maka berfirmanlah Allah kepada Nuh, “Aku telah menetapkan bahawa kesemua makhluk yang hidup mesti mati kerana bumi ini penuh dengan keganasan akibat perbuatan mereka. Sesungguhnya, Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama bumi ini. 14Maka kamu perlu membuat sebuah bahtera daripada kayu sipres. Buatlah bilik-bilik di dalam bahtera itu yang mesti dilapisi dengan gegala di bahagian luar dan dalamnya. 15Kamu mesti membuat bahtera itu mengikut ukuran ini: Panjangnya 300 hasta, lebarnya 50 hasta, dan tingginya 30 hasta#6:15 Satu hasta kira-kira 0.5 meter. Ukuran bahtera itu kira-kira 150 meter panjangnya, 25 meter lebarnya, dan 15 meter tingginya.. 16Buatlah lubang cahaya bagi bahtera itu dan semua binaan mesti ada ruang sehasta dari bahagian tertinggi bahtera. Pasang pintu bahtera pada rusuknya. Buatlah bahtera itu bertingkat bawah, tengah, dan atas. 17Ketahuilah, Aku akan mendatangkan banjir untuk melanda bumi demi memusnahkan semua makhluk yang bernyawa di bawah langit dan semua hidupan di bumi akan mati. 18Akan tetapi, Aku mengikat perjanjian-Ku dengan kamu. Kamu berserta anak-anakmu, isterimu, dan isteri anak-anakmu akan masuk ke dalam bahtera itu. 19Sepasang iaitu jantan dan betina daripada segala makhluk yang hidup mesti kamu bawa masuk ke dalam bahtera, supaya kesemuanya dapat tetap hidup bersama-samamu. 20Sepasang daripada berbagai-bagai jenis burung, berbagai-bagai jenis haiwan, dan segala jenis binatang melata di bumi akan datang kepadamu supaya kesemuanya dapat tetap hidup. 21Kamu juga mesti mengumpulkan segala bahan yang dapat dimakan dan menyimpannya. Itulah yang akan menjadi makanan bagimu dan bagi kesemua makhluk itu.” 22#Ibr 11:7.Maka sebagaimana yang diperintahkan Allah kepadanya, sebegitulah yang dilakukan oleh Nuh.
Terpilih Sekarang Ini:
Kejadian 6: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: