Logo Apl Bible
Ikon Carian

Ibrani 10:19-22

Ibrani 10:19-22 AVB

Oleh itu, saudara-saudara, kita telah mempunyai keberanian untuk masuk ke Tempat Yang Maha Suci melalui darah Yesus, melalui jalan yang baru dan hidup, yang dibukakan-Nya untuk kita, menerusi tirai, iaitu tubuh-Nya. Kita mempunyai Imam Besar di atas isi Rumah Allah. Maka marilah kita hampir dengan hati yang tulus dan iman yang teguh sepenuhnya. Hati nurani kita telah direnjis sehingga suci daripada kejahatan dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang bersih.