Hosea 13
13
Murka TUHAN akan menimpa bani Efraim
1Apabila Efraim berbicara, orang gementar. Dia mulia di Israel.
Akan tetapi, dia bersalah kerana menyembah Baal, dan dia pun mati.
2Mereka kini lebih banyak lagi berbuat dosa.
Mereka membuat patung tuangan daripada perak,
iaitu berhala-berhala menurut pemahaman mereka sendiri,
semuanya semata-mata hasil buatan tukang.
Tentang semua itu mereka berkata,
“Orang yang mempersembahkan korban harus mencium patung anak lembu ini.”
3Oleh sebab itu mereka akan seperti kabus pagi hari
dan seperti embun yang hilang pada awal pagi lagi,
seperti sekam yang diterbangkan badai dari tempat pembantingan
dan seperti asap yang keluar dari tingkap lalu lenyap.
4“Tetapi Akulah TUHAN, Allahmu, sejak di Tanah Mesir lagi.
Engkau tidak mengenal tuhan kecuali Aku,
tidak ada penyelamat selain Aku.
5 # Ul 8:11-17. Akulah yang mengenal engkau di gurun, di tanah yang amat gersang.
6Setelah merumput, mereka kenyang.
Setelah kenyang, mereka bangga diri.
Itulah sebabnya mereka melupakan Aku.
7Maka Aku akan menjadi seperti seekor singa bagi mereka,
seperti harimau bintang Aku mengintai di tepi jalan.
8Kujumpai mereka seperti beruang yang kehilangan anak
dan Kukoyak-koyak selaput jantung mereka.
Di sana akan Kuterkam mereka seperti singa,
seperti binatang liar akan Kucabik mereka.
9Memang ini pembinasaan engkau, wahai Israel,
kerana engkau melawan Aku, melawan sumber pertolonganmu.
10 # 1Sam 8:5,6. Di manakah rajamu sekarang,
supaya dia menyelamatkan engkau di segala kotamu?
Di manakah para pemerintah engkau, yang tentang mereka kaukatakan,
‘Berikanlah kepadaku raja dan para pembesar’?
11 # 1Sam 10:17-24. 1Sam 15:26. Aku telah memberikan kepadamu seorang raja dalam murka-Ku
dan Aku telah melenyapkan dia dalam amarah-Ku.
12Kesalahan Efraim telah ditentukan,
balasannya disimpan untuk masa nanti.
13Rasa sakit wanita yang bersalin kelak menimpa dia,
tetapi dia bukan anak yang bijak.
Apabila waktunya tiba, dia tidak juga muncul daripada rahim!
14 # 1Kor 15:55. Adakah Aku harus menebus mereka daripada kuasa alam barzakh,
Adakah Aku akan melepaskan mereka daripada maut.
Wahai maut, di manakah wabak penyakitmu?
Wahai alam barzakh, di manakah seksa pembinasaanmu?
Belas kasihan akan tersembunyi daripada mata-Ku.
15Sekalipun dia berbuah dalam kalangan saudaranya,
angin timur, iaitu angin daripada TUHAN, akan datang, naik dari gurun.
Pancuran airnya akan kering dan mata airnya akan tandus.
Angin itu akan menjarah perbendaharaan segala barangnya yang indah.
16Samaria akan menanggung kesalahannya,
kerana dia telah menderhaka terhadap Allahnya.
Mereka akan tewas oleh pedang, bayi-bayi mereka akan dihempaskan,
dan perut kaum perempuan mereka yang mengandung akan dirobekkan.”
Terpilih Sekarang Ini:
Hosea 13: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: