Hosea 4
4
TUHAN menentang orang Israel dan para imam
1Dengarlah firman TUHAN, wahai orang Israel,
kerana TUHAN ada sungutan tentang penduduk negeri ini:
“Tidak ada kesetiaan, tidak ada kasih,
malah juga tidak ada pengetahuan akan Allah di negeri ini.
2Yang ada hanyalah mengutuk, berbohong, membunuh, mencuri, dan berzina!
Mereka langsung tidak mengendahkan segala larangan,
dan penumpahan darah menyusul penumpahan darah.
3Oleh sebab itu negeri ini berkabung, seluruh penghuninya merana,
termasuklah segala mergastua di padang dan burung di udara.
Bahkan ikan-ikan di laut pun lenyap.”
4Namun begitu, jangan ada seorang pun yang berani membantah,
jangan seorang pun berani mengherdik,
kerana bangsamu itu seperti orang yang berbantah-bantah dengan imam.
5Engkau tersandung pada siang hari dan nabi pun tersandung bersama-samamu pada malam hari.
Aku akan membinasakan Israel, ibumu.
6Umat-Ku binasa kerana kurang ilmu pengetahuan.
Kerana sedemikian engkau menolak ilmu pengetahuan,
maka Aku pun menolak engkau menjadi imam bagi-Ku.
Kerana engkau telah melupakan hukum Allahmu,
maka Aku pun akan melupakan anak-anakmu.
7Semakin ramai imam itu, semakin bertambah-tambah dosa mereka terhadap Aku.
Oleh sebab itu Aku akan mengubah kemuliaan mereka menjadi kehinaan.
8Mereka mendapat rezeki daripada berdosanya umat-Ku,
lantas mereka mengharapkan umat-Ku terus dalam kemungkaran.
9Maka akan terjadi: sebagaimana nasib umat, demikianlah nasib imam.
Aku akan menghukum mereka kerana perilaku mereka
dan membalas mereka menurut perbuatan mereka.
10Mereka akan makan tetapi tidak kenyang,
mereka akan berzina tetapi tidak menjadi semakin ramai,
kerana mereka telah meninggalkan TUHAN
dan menduakan-Nya dengan menyembah tuhan-tuhan lain.
Penyembahan berhala orang Israel
11Persundalan, air anggur dan air anggur baru menghilangkan akal.
12Umat-Ku meminta petunjuk daripada berhala kayu
dan mendapat pernyataan daripada tongkat faal.
Mereka disesatkan oleh roh kekufuran,
dan berbuat kemungkaran dengan menyeleweng daripada Allah mereka.
13Mereka mempersembahkan korban di atas puncak-puncak gunung,
membakar dupa di atas bukit-bukit, di bawah pokok oak, pokok hawar, dan pokok rimbun,
kerana naungannya baik.
Maka para anak perempuanmu melacur dan para menantu perempuanmu berzina.
14Aku tidak akan menghukum para anak perempuanmu apabila mereka melacur,
atau para menantu perempuanmu apabila mereka berzina,
kerana kaum lelaki sendiri pergi menyisih untuk bergaul dengan pelacur
dan mempersembahkan korban bersama dengan para pelacur kuil.
Maka bangsa yang tidak berpengertian itu akan mengalami kemusnahan.
15Kalaupun engkau berlaku kufur, wahai Israel,
jangan sampai Yehuda turut bersalah!
Jangan pula datang ke Gilgal,
jangan naik ke Bet-Awen dan jangan bersumpah,
‘Demi TUHAN yang hidup!’
16Israel keras kepala seperti lembu yang ketegar.
Masakan sekarang TUHAN menggembala mereka seperti domba di padang yang luas?
17Efraim bersekutu dengan berhala-berhala. Biarkanlah dia!
18Minuman keras mereka habis,
mereka terus-menerus berzina.
Para penguasanya sangat menyukai keaiban.
19Angin membungkus mereka dengan sayap-sayapnya
dan mereka akan mendapat aib bahana korban-korban yang dipersembahkan mereka kepada berhala itu.
Terpilih Sekarang Ini:
Hosea 4: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: