Lihatlah, akan tiba harinya,” firman TUHAN, “apabila Aku membuat perjanjian baru dengan keturunan kaum Israel dan keturunan kaum Yehuda. Tidak seperti perjanjian yang telah Kubuat dengan nenek moyang mereka ketika Aku membimbing tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari Tanah Mesir. Perjanjian-Ku itu telah diingkari mereka, sungguhpun Aku ini seperti suami bagi mereka,” demikianlah firman TUHAN. “Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu,” TUHAN berfirman, “Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah TUHAN,’ kerana semuanya, daripada yang terkecil kepada yang terbesar, akan mengenal Aku,” demikianlah firman TUHAN. “Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi.”
Baca Yeremia 31
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yeremia 31:31-34
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video