Yeremia 45
45
Kata penghiburan Yeremia kepada Barukh
1 # 2Raj 24:1; 2Taw 36:5-7; Dan 1:1,2. Inilah firman yang disampaikan oleh Nabi Yeremia kepada Barukh anak Neria pada tahun keempat zaman pemerintahan Yoyakim anak Yosia, raja Yehuda, ketika Barukh menuliskan perkataan-perkataan tersebut dalam sebuah kitab langsung daripada penuturan Nabi Yeremia, 2“Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, kepadamu, wahai Barukh! 3Engkau telah berkata, ‘Malangnya aku kerana TUHAN telah menambahkan dukacita pada penderitaanku! Aku penat berkeluh-kesah dan tidak mendapat ketenteraman.’ ”
4“Beginilah harus kaukatakan kepadanya, ‘Demikianlah firman TUHAN, “Sesungguhnya, Aku akan meruntuhkan apa yang Kubina dan Aku akan mencabut apa yang Kutanam. Begitulah halnya di seluruh negeri itu. 5Haruskah kaucari bagi dirimu hal-hal yang besar? Jangan mencarinya. Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan malapetaka atas semua manusia, demikianlah firman TUHAN, tetapi nyawamu akan Kukurniakan seperti barang jarahan bagi dirimu sendiri ke mana-mana pun engkau pergi.” ’ ”
Terpilih Sekarang Ini:
Yeremia 45: AVB
Highlight
Kongsi
Salin

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: