Maleakhi 3

3
1 # Mat 11:10; Mrk 1:2; Luk 1:76; 7:27. “Lihat, Aku menghantar utusan-Ku dan dia akan menyediakan jalan bagi-Ku. Kemudian dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari itu akan hadir di Bait Suci-Nya lalu utusan perjanjian yang kamu kehendaki itu akan datang,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.
2 # Yl 2:11; Why 6:17. Akan tetapi, siapakah yang mampu bertahan menghadapi hari kedatangan-Nya? Siapakah yang dapat bertahan ketika Dia menampakkan diri? Kerana Dia bagaikan api pemurni logam dan sabun tukang cuci. 3Dia akan mengambil tempat-Nya sebagai orang yang memurnikan dan membersihkan perak, lalu Dia akan menyucikan bani Lewi serta memurnikan mereka seperti emas dan perak, sehingga mereka menjadi orang yang membawa persembahan yang benar kepada TUHAN. 4Kemudian barulah persembahan Yehuda dan Yerusalem akan menyenangkan TUHAN seperti pada zaman dahulu, seperti pada tahun-tahun yang silam.
5“Akan Aku hampiri untuk menghakimi kamu. Dengan pantas Aku akan bersaksi terhadap para ahli sihir, dan terhadap para penzina, terhadap orang yang bersumpah dusta, terhadap orang yang menindas pekerja upahan, balu, dan anak yatim, serta terhadap orang yang menafikan hak para pendatang, tanpa sebarang rasa takut kepada-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.
Merompak Allah
6 # Sir 48:10. “Aku TUHAN, dan Aku kekal tidak berubah, maka kamu, wahai bani Yakub, tidak dibinasakan. 7Sejak zaman nenek moyangmu kamu telah menyimpang daripada ketetapan-Ku dan tidak memegangnya dengan teguh. Kembalilah kepada-Ku agar Aku akan kembali kepadamu,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Tetapi kamu bertanya, ‘Dengan cara bagaimanakah kami harus kembali?’ ” 8“Sanggupkah manusia merompak Allah? Namun demikian, kamu merompak Aku. Tetapi kamu bertanya, ‘Bagaimanakah kami merompak Engkau?’
Dalam hal persembahan sepersepuluh dan persembahan khusus. 9Kamu dikutuk atas sebab kamu merompak Aku — ya, kamu seluruh bangsa! 10#Im 27:30; Bil 18:21-24; Ul 12:6; 14:22-29; Neh 13:12.Bawalah seluruh persembahan sepersepuluh kamu ke dalam perbendaharaan, supaya ada makanan di Bait-Ku. Kemudian ujilah Aku dalam hal ini,” firman TUHAN alam semesta, “adakah Aku tidak membuka bagimu tingkap-tingkap di langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai tiada tempat yang memadai menampungnya. 11Lalu bagi pihak kamu, Aku akan mencela segala hama pemusnah, sehingga hama itu tidak memusnahkan hasil tanahmu. Pokok anggurmu di ladang tidak akan menggugurkan buah sebelum tiba masanya,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. 12“Segala bangsa akan menyebut kamu berbahagia, kerana kamu akan menjadi negeri kesukaan,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.
Kemenangan bagi orang yang takut kepada Allah
13“Keras dan angkuh kata-katamu terhadap Aku,” firman TUHAN. “Tetapi kamu bertanya, ‘Bagaimanakah kata-kata kami keras dan angkuh terhadap Engkau?’ ” 14“Kamu berkata, ‘Sia-sia sahaja beribadat kepada Allah! Apa untungnya kita mentaati dan melaksanakan kewajipan kita terhadap-Nya dan berjalan seperti orang yang berkabung di hadapan TUHAN alam semesta? 15Sekarang, kita menyebut orang yang angkuh sebagai orang yang berbahagia. Ya, orang yang melakukan kefasiqan hidup makmur, bahkan mereka selamat juga setelah menguji Allah!’ ”
16Kemudian orang yang takut kepada TUHAN berbicara antara satu sama lain. TUHAN memperhatikan dan mendengarkannya, lalu sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang yang takut kepada TUHAN dan yang memuliakan nama-Nya. 17“Mereka akan menjadi milik-Ku,” firman TUHAN alam semesta, “pada waktu Aku membuat mereka menjadi harta kesayangan-Ku. Aku akan menyayangi mereka seperti seseorang menyayangi anaknya yang menuruti perintahnya. 18Maka kamu akan kembali melihat perbezaan antara orang benar dengan orang yang fasiq, antara orang yang beribadat kepada Allah dengan orang yang tidak beribadat kepada-Nya.”

Terpilih Sekarang Ini:

Maleakhi 3: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk