Matius 9:35-38

Matius 9:35-38 AVB

Demikianlah Yesus berjalan, dari bandar ke bandar, dari pekan ke pekan. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan Injil tentang kerajaan Allah, serta menyembuhkan semua penyakit dan kesakitan. Apabila Yesus melihat orang yang ramai itu, Dia berbelas kasih terhadap mereka kerana mereka bimbang dan tidak berdaya, ibarat sekawan domba tanpa gembala. Kata Yesus kepada murid-murid-Nya, “Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Tuan yang empunya tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk menuai.”