Hai anakku, jika orang berdosa memujukmu, jangan turuti. Jika mereka berkata, “Ikutlah kami! Mari kita menghendap demi menumpahkan darah; mari kita serang hendap orang yang tidak bersalah tanpa sebarang sebab; mari kita menjadi bak alam barzakh dan menelan mereka hidup-hidup, bulat-bulat, seperti orang yang turun ke liang lahat; kita akan mendapat segala macam benda berharga, kita akan memenuhi rumah kita dengan barang rampasan; buanglah undimu ke tengah-tengah kami; kita kongsi bersama-sama segala yang kita samun!” Hai anakku, jangan ikut perilaku mereka; jauhkan kakimu dari jalan-jalan mereka, kerana kaki mereka cuma meluru menuju kejahatan, dan mereka bergegas kerana mahu menumpahkan darah. Betapa sia-sia membentangkan jaring di hadapan mata burung; namun mereka menanti untuk menumpahkan darah sendiri dan menghendap nyawa mereka sendiri. Demikianlah jadinya setiap orang yang tamak akan harta haram; kerakusannya itu bakal mencabut nyawanya sendiri.
Baca Amsal 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Amsal 1:10-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video