Amsal 16
16
1Manusia dapat menyusun rancangan dalam hati,
tetapi jawapan lidah berasal daripada TUHAN.
2Segala jalan seseorang bersih menurut pandangannya sendiri,
tetapi TUHAN sajalah yang menimbang niat hatinya.
3Serahkanlah perbuatanmu kepada TUHAN,
maka rancanganmu akan terlaksana.
4TUHAN menjadikan segala sesuatu, masing-masing untuk tujuan-Nya,
bahkan orang durjana untuk hari malapetaka.
5Semua yang bongkak hati adalah kekejian bagi TUHAN;
yakinlah, mereka tidak akan terlepas daripada hukuman.
6 # Tob 12:9. Dengan kasih dan kesetiaan, dosa dihapuskan,
dan kerana takut kepada TUHAN, orang menjauhi kejahatan.
7Jika TUHAN berkenan kepada jalan seseorang,
Dia membuat musuh orang itu pun berdamai dengannya.
8 # Tob 12:8. Lebih baik penghasilan sedikit dengan perbenaran,#16:8 Perbenaran: Merangkumi makna kejujuran dan kebaikan.
daripada penghasilan banyak tanpa keadilan.
9Hati manusia merancang jalannya,
tetapi TUHAN sajalah yang menentukan langkahnya.
10Pernyataan ilahi ada pada bibir raja,
dalam perkara hukum mulutnya tidak akan berbuat mungkar.
11Timbangan dan neraca yang benar memang milik TUHAN,
dan semua batu timbangan dalam pundi-pundi adalah ciptaan-Nya.
12Perbuatan yang jahat adalah kekejian bagi raja,
kerana takhta kerajaan ditegakkan oleh perbenaran.#16:12 Perbenaran: Tingkah laku yang jujur, tulus dan adil. Juga membawa maksud “keadilan.”
13Bibir yang berkata benar adalah kesukaan raja,
dia mengasihi orang yang jujur perkataannya.
14Murka raja bagaikan malaikat maut,
tetapi orang yang bijaksana akan meredakannya.
15Di wajah raja yang bersinar ada kehidupan,
dan kebaikannya seperti awan yang membawa hujan akhir musim.
16Alangkah lebih baik memperoleh kebijaksanaan daripada emas,
memperoleh pengertian patut lebih dipilih daripada perak!
17Jalan orang yang tulus menjauhi kejahatan,
dan sesiapa menjaga jalannya, memelihara nyawanya.
18Keangkuhan mendahului kehancuran,
dan hati yang sombong mendahului kejatuhan.
19Lebih baik merendahkan diri dengan orang miskin,
daripada membahagi-bahagikan jarahan dengan orang sombong.
20Sesiapa yang mengendahkan firman akan mendapat kebajikan,
dan berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN.
21Orang yang bijak hati disebut orang berpengertian,
dan bicara manis meningkatkan pembelajaran.
22Akal budi itu mata air kehidupan bagi dia yang memilikinya,
tetapi orang bodoh terseksa oleh kebodohannya.
23Hati orang bijaksana memimpin mulutnya menjadi bijaksana,
dan menjadikan ucapan bibirnya lebih meyakinkan.
24Kata-kata yang menyenangkan seperti sarang lebah madu,
manis bagi jiwa dan menyembuhkan tulang.
25 # Ams 14:12. Ada jalan yang dianggap orang sebagai lurus,
tetapi akhirnya menuju maut.
26Rasa lapar seorang pekerja mendorongnya bekerja,
kerana perutnya terus mendesaknya.
27Orang yang tidak berguna mencungkil kejahatan,
dan di bibirnya bagaikan ada api yang menghanguskan.
28 # Sir 28:13-26. Orang yang suka memutarbalikkan sesuatu menimbulkan pertengkaran,
dan pemfitnah menceraikan sahabat yang karib.
29Orang yang suka kekerasan memujuk jirannya,
dan membawanya ke jalan yang tidak baik.
30Sesiapa yang sengaja mengenyitkan matanya merancang tipu muslihat,
dan orang yang menggigit bibirnya telah pun melakukan kejahatan.
31Rambut yang beruban ialah mahkota yang mulia,
yang didapati pada jalan kebenaran.
32Orang yang panjang sabar lebih baik daripada seorang kesateria,
dan orang yang menguasai dirinya lebih baik daripada dia yang merebut kota.
33Undi dicabut ke dalam pangkuan,
tetapi TUHAN sajalah yang menentukan setiap keputusannya.
Terpilih Sekarang Ini:
Amsal 16: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: