Mazmur 141
141
Mazmur Daud.
1Ya TUHAN, aku berseru kepada-Mu; segeralah datang kepadaku.
Dengarlah suaraku apabila aku berseru kepada-Mu.
2 # Why 5:8. Biarlah doaku hadir di hadapan-Mu sebagai setanggi;
penadahan tanganku sebagai korban persembahan petang.
3Jagalah, ya TUHAN, mulutku;
awasilah pintu bibirku.
4Jangan cenderungkan hatiku ke arah kejahatan,
untuk mengamalkan pekerjaan zalim
dengan orang yang melakukan durjana;
dan jangan biarkan aku makan hidangan lazat mereka.
5Biarlah orang yang benar memukulku — itu suatu kebaikan kepadaku;
biarlah dia memarahiku — itu seperti minyak yang unggul. Janganlah biarkan kepalaku menolaknya.
Namun demikian, doaku tetap menentang perbuatan orang durjana;
6hakim-hakim mereka dihumbankan dari tepi gaung,
dan mereka mendengar kata-kataku kerana kata-kataku manis.
7Mereka akan berkata, “Tulang-tulang kami berserakan di lubang kubur,
seperti ketika orang membajak dan memecah-mecahkan tanah.”
8Tetapi mataku tertumpu kepada-Mu, ya ALLAH, ya Tuhanku;
kepada-Mu aku berlindung — janganlah tinggalkan jiwaku dalam kepapaan.
9Jauhkan aku daripada jerat yang telah dipasang oleh mereka untukku,
dan daripada perangkap orang yang melakukan kejahatan.
10Biarlah orang zalim terjerumus ke dalam jerat mereka sendiri,
sedangkan aku terlepas dan selamat.
Terpilih Sekarang Ini:
Mazmur 141: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: