Mazmur 4

4
Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan alat-alat muzik bertali.
Mazmur Daud.
1Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu,
Ya Allahku yang benar.
Kurangkan penderitaanku;
kasihanilah aku dan dengar doaku.
2Berapa lamakah, hai manusia,
kamu akan terus menjadikan kemuliaanku satu keaiban?
Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya
dan mencari tuhan-tuhan palsu? Sela
3Ketahuilah, TUHAN telah memilih orang yang warak untuk diri-Nya;
TUHAN akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.
4 # Ef 4:26. Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa;
ketika di tempat tidurmu,
sorotilah hatimu dalam senyap sepi. Sela
5Persembahkan korban-korban yang benar dan percayalah kepada TUHAN.
6Ramai yang bertanya, “Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?”
Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, ya TUHAN.
7Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan lebih daripada ketika biji-bijian
dan air anggur baru mereka mewah melimpah.
8Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera,
kerana hanya Engkau, ya TUHAN,
membolehkan aku tinggal dengan selamat.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 4: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk