KEJADIAN 16
16
Hagar dan Ismael
1Sarai, isteri Abram, masih belum mempunyai anak. Tetapi Sarai mempunyai seorang hamba dari Mesir, seorang gadis yang bernama Hagar. 2Sarai berkata kepada Abram, “TUHAN tidak membolehkan aku melahirkan anak. Oleh itu, tidurlah dengan hambaku ini. Mungkin dia dapat melahirkan seorang anak untukku.” Abram bersetuju dengan cadangan Sarai, 3maka Sarai memberikan Hagar kepada Abram untuk dijadikan gundik. Pada masa itu Abram sudah tinggal di Kanaan selama sepuluh tahun. 4Abram bersetubuh dengan Hagar, lalu perempuan itu mengandung. Tetapi apabila Hagar tahu bahawa dia mengandung, dia menjadi sombong lalu menghina Sarai.
5Kemudian Sarai berkata kepada Abram, “Aku sudah memberikan hambaku Hagar kepadamu, dan sejak dia tahu bahawa dia mengandung, dia menghina aku. Hal itu kesalahanmu.#Hal itu kesalahanmu; atau Biarlah engkau menderita, kerana melakukan kesalahan ini terhadapku. Semoga TUHAN mengadili siapa antara kita yang benar, engkau ataupun aku.”
6Abram menjawab, “Baiklah, dia hambamu dan engkau berkuasa terhadapnya; perlakukanlah dia sesuka hatimu.” Kemudian Sarai memperlakukan Hagar dengan sangat kejam sehingga Hagar melarikan diri.
7Malaikat TUHAN menjumpai Hagar dekat mata air di padang gurun, di jalan yang menuju ke padang gurun Syur. 8Malaikat itu berkata, “Hagar, hamba Sarai, engkau dari mana dan hendak ke mana?”
Hagar menjawab, “Hamba melarikan diri daripada tuan hamba, Sarai.”
9Malaikat itu berkata, “Kembalilah kepadanya dan layanilah dia.” 10Kemudian malaikat itu berkata, “Aku akan memberikan keturunan yang sangat banyak kepadamu, sehingga tiada seorang pun dapat menghitung mereka. 11Tidak lama lagi engkau akan melahirkan seorang anak lelaki; namakanlah dia Ismael,#Ismael: Dalam bahasa Ibrani, nama ini bermakna “Allah mendengar.” kerana TUHAN sudah mendengar tangisanmu. 12Tetapi anakmu itu akan hidup seperti keldai liar; dia akan melawan setiap orang dan setiap orang pun akan melawan dia. Dia akan hidup terpisah daripada semua sanak saudaranya.”
13Hagar bertanya dalam hati, “Benarkah aku sudah nampak Allah dan aku masih hidup?” Oleh itu dia menyebut TUHAN yang sudah berfirman kepadanya itu “Allah Yang Melihat”. 14Itulah sebabnya perigi di antara Kades dan Bered itu dinamakan, “Perigi Dia Yang Hidup Yang Melihat Aku.”
15 #
Gal 4.22
Kemudian Hagar melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abram, bapa anak itu menamakan dia Ismael. 16Pada masa itu Abram berumur 86 tahun.
Terpilih Sekarang Ini:
KEJADIAN 16: BMDC
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: