KEJADIAN 19
19
Dosa Sodom
1Apabila dua malaikat itu tiba di Sodom pada petang itu, Lot sedang duduk di pintu gerbang kota. Sebaik sahaja dia nampak mereka, dia bangun dan pergi berjumpa dengan mereka. Dia bersujud di hadapan mereka 2dan berkata, “Tuan-tuan, sila singgah di rumah saya. Tuan-tuan dapat membasuh kaki dan bermalam di rumah saya. Jika mahu, esok tuan-tuan dapat bangun awal dan meneruskan perjalanan.”
Tetapi mereka menjawab, “Terima kasih, tetapi kami akan bermalam di sini saja, di padang kota.”
3Lot mendesak mereka, maka akhirnya mereka masuk bersama dengan dia ke dalam rumahnya. Lot menyediakan hidangan lazat dan membakar roti secukupnya, lalu mereka makan.
4Sebelum para tetamu itu tidur, orang Sodom mengepung rumah itu. Semua orang lelaki di kota itu, baik yang tua mahupun yang muda berada di situ. 5Mereka memanggil Lot dan bertanya, “Di manakah orang yang datang bermalam di rumahmu? Serahkan mereka kepada kami, supaya kami dapat bersemburit dengan mereka!”
6Lot keluar dari rumahnya lalu menutup pintu. 7Dia berkata kepada orang Sodom di situ, “Saudara-saudara, saya mohon, janganlah lakukan perbuatan sejahat itu! 8#Hak 19.22-24 Dengarlah, saya mempunyai dua orang anak perempuan yang masih dara. Biarlah saya serahkan mereka kepada kamu, dan kamu boleh melakukan apa saja terhadap mereka. Tetapi janganlah apa-apakan tetamu saya, kerana saya wajib melindungi mereka.”
9Tetapi mereka berkata, “Pergi! Engkau orang asing mahu mengarah kami? Pergi! Jika tidak, kami akan mengajar engkau lebih berat daripada mereka.” Kemudian mereka menolak Lot dan maju untuk memecahkan pintu. 10Tetapi kedua-dua tetamu itu menghulurkan tangan dan menarik Lot masuk ke dalam rumah, lalu menutup pintu. 11#2 Raj 6.18 Selepas itu mereka membutakan semua orang yang berada di luar, sehingga orang ramai itu tidak dapat mencari pintu rumah.
Lot Meninggalkan Sodom
12Kedua-dua tetamu itu berkata kepada Lot, “Jika kamu mempunyai anak lelaki, anak perempuan, menantu atau sanak saudara lain yang tinggal di dalam kota ini, bawalah mereka keluar dari sini, 13kerana kami akan memusnahkan tempat ini. TUHAN sudah mendengar tuduhan-tuduhan berat terhadap penduduk di sini dan Dia menghantar kami untuk memusnahkan kota Sodom.”
14Kemudian Lot memberitahu kedua-dua orang bakal menantunya, “Lekaslah keluar dari sini, kerana TUHAN akan memusnahkan tempat ini.” Tetapi mereka menyangka Lot bergurau sahaja.
15Pada waktu subuh, malaikat-malaikat itu mendesak Lot supaya lekas berangkat. “Cepatlah,” kata mereka. “Bawalah isterimu dan kedua-dua orang anak perempuanmu, dan pergilah dari sini, supaya kamu tidak mati apabila kota ini dimusnahkan.” 16#2 Ptr 2.7 Lot berlambat-lambat, tetapi TUHAN mengasihani dia; oleh itu kedua-dua tetamunya memegang tangan Lot, isterinya, serta kedua-dua orang anak perempuannya, dan membawa mereka ke luar kota. 17Selepas itu satu daripada malaikat itu berkata, “Larilah, selamatkanlah diri kamu! Jangan menoleh, dan jangan berhenti di lembah. Larilah ke pergunungan supaya kamu tidak terbunuh!”
18Tetapi Lot menjawab, “Janganlah suruh kami lari ke pergunungan. 19Memang tuan sudah banyak menolong saya dan menyelamatkan saya, tetapi pergunungan itu terlalu jauh. Jangan-jangan bencana akan menyusuli saya dan saya akan mati sebelum tiba di sana. 20Lihat, ada kota kecil yang tidak jauh dari sini. Benarkanlah saya lari ke sana supaya selamat.”
21Malaikat itu menjawab, “Baiklah, aku tidak akan memusnahkan kota itu. 22Cepat! Larilah! Aku tidak dapat berbuat apa-apa sebelum kamu sampai di sana.”
Oleh sebab Lot mengatakan kota itu kecil, maka kota itu dinamakan Zoar.#Zoar: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna “kecil”.
Sodom dan Gomora Hancur
23Matahari sedang terbit ketika Lot tiba di Zoar. 24Tiba-tiba TUHAN menurunkan hujan belerang yang berapi ke atas Sodom dan Gomora. 25#Mat 10.15, 11.23-24; Luk 10.12, 17.29; 2 Ptr 2.6; Yud 7 Kedua-dua buah kota itu dimusnahkan, termasuk seluruh lembah dan semua tumbuh-tumbuhan serta penduduk di situ. 26#Luk 17.32 Tetapi isteri Lot menoleh, lalu dia berubah menjadi tiang garam.
27Awal pagi esoknya, dengan tergesa-gesa Abraham pergi ke tempat dia berdiri di hadapan TUHAN sehari sebelumnya. 28Dia memandang ke arah Sodom dan Gomora serta seluruh lembah itu, lalu nampak kepulan asap naik dari kawasan itu seperti asap dari relau yang besar. 29Pada masa Allah memusnahkan kota-kota di lembah tempat Lot tinggal dahulu, Allah ingat akan Abraham dan menolong Lot melarikan diri.
Asal Usul Orang Moab dan Orang Amon
30Oleh sebab Lot berasa takut tinggal di Zoar, dia bersama dengan kedua-dua orang anak perempuannya pergi ke pergunungan dan tinggal di dalam gua. 31Anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “Ayah semakin tua dan tiada seorang pun di seluruh negeri#seluruh negeri; atau seluruh bumi. ini yang dapat mengahwini kita supaya kita mempunyai anak. 32Marilah kita membuat ayah mabuk, lalu kita tidur dengan dia supaya kita mendapat anak daripadanya.” 33Pada malam itu mereka memberi bapa mereka minum wain, lalu anak perempuan yang sulung berseketiduran dengan bapanya, tetapi bapanya terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku.
34Esoknya anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “Aku sudah tidur dengan ayah semalam. Pada malam ini kita membuat dia mabuk lagi. Kemudian engkau pergi tidur dengan dia, supaya kita masing-masing mendapat anak.” 35Demikianlah pada malam itu mereka membuat bapa mereka mabuk lagi, lalu anak perempuan yang bongsu pula berseketiduran dengan dia. Sekali lagi Lot menjadi terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku. 36Kemudian kedua-dua orang anak Lot itu mengandung kerana bapa mereka sendiri. 37Anak perempuan yang sulung melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya Moab.#Moab: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna “daripada bapaku”. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Moab yang ada sekarang. 38Anak perempuan yang bongsu juga melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya Ben-Ami.#Ben-Ami: Dalam bahasa Ibrani, nama ini bermakna “anak daripada sanak saudaraku”, dan bunyinya seperti perkataan Ibrani untuk “orang Amon”. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Amon yang ada sekarang.
Terpilih Sekarang Ini:
KEJADIAN 19: BMDC
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: