1 KORINTUS Kata Pengantar

Kata Pengantar
Surat Paulus yang Pertama kepada Jemaah di Korintus ditulis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan jemaah yang dimulakan oleh Paulus di Korintus. Masalah-masalah itu berkenaan dengan kehidupan dan kepercayaan Kristian. Pada masa itu Korintus adalah sebuah kota Yunani, ibu kota wilayah Akhaya yang termasuk Empayar Roma. Kota yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa, terkenal kerana perdagangannya yang maju dan kebudayaannya yang tinggi, tetapi juga kerana kerendahan akhlaknya dan adanya pelbagai agama di situ.
Masalah utama yang dihadapi Paulus berkenaan dengan perpecahan dan kerendahan akhlak di kalangan jemaah, dan juga persoalan tentang seks dan perkahwinan, persoalan tentang hati nurani, tatatertib jemaah, kurnia Roh Allah dan kebangkitan orang mati. Dengan penuh kebijaksanaan, Paulus menunjukkan bahawa Berita Baik daripada Allah dapat menyelesaikan masalah-masalah itu.
Fasal 13 menunjukkan kasih sebagai kurnia yang terbaik daripada Allah kepada umat-Nya. Fasal ini mungkin fasal yang paling terkenal daripada seluruh kitab ini.
Kandungan
Pendahuluan 1.1-9
Perpecahan di Kalangan Jemaah 1.10—4.21
Hubungan Jenis dan Kehidupan Keluarga 5.1—7.40
Orang Kristian dan Orang yang Tidak Menyembah Allah 8.1—11.1
Kehidupan Jemaah dan Ibadat 11.2—14.40
Kebangkitan Kristus dan Kebangkitan Orang yang Percaya 15.1-58
Derma untuk Orang Kristian di Yudea 16.1-4
Hal-hal Peribadi dan Penutup 16.5-24

Terpilih Sekarang Ini:

1 KORINTUS Kata Pengantar: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk