1 RAJA-RAJA 18
18
Elia dan Obaja
1Beberapa waktu kemudian, pada tahun ketiga kemarau itu, TUHAN berfirman kepada Elia, “Pergilah menghadap Raja Ahab kerana Aku akan menurunkan hujan.” 2Maka Elia berangkat.
Kebuluran di Samaria pada masa itu sangat dahsyat, 3oleh itu Raja Ahab memanggil Obaja, pengurus istananya. (Obaja seorang yang sungguh-sungguh beribadat kepada TUHAN. 4Pada masa Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, Obaja menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua. Dia membahagi mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Dia memberikan makanan dan air minum kepada mereka.) 5Raja Ahab bertitah kepada Obaja, “Marilah kita pergi melihat#Sebuah terjemahan kuno: Marilah kita pergi melihat. Naskhah Ibrani: Engkau pergi melihat. tiap-tiap mata air dan dasar sungai di negeri ini. Mungkin kita akan mendapat rumput untuk menyelamatkan kuda dan baghal, supaya tidak usah membunuh seekor pun daripada ternakan kita.” 6Mereka menentukan daerah yang dijelajahi masing-masing, lalu mereka pergi ke arah yang berlainan.
7Di tengah perjalanan, Obaja bertemu dengan Elia. Dia mengenali Elia dan bersujud di hadapannya, lalu bertanya, “Betulkah tuan ini, Elia?”
8“Betul, sayalah Elia,” jawabnya. “Pergilah beritahu raja, tuanmu, bahawa saya berada di sini.”
9Obaja menjawab, “Apakah kesalahan saya sehingga tuan membahayakan nyawa saya dan menyebabkan saya dibunuh oleh Raja Ahab? 10Demi TUHAN yang hidup, Allah tuan, saya bersumpah bahawa raja telah mencari tuan di tiap-tiap negeri di bumi ini. Apabila penguasa dari sesuatu negeri melaporkan bahawa tuan tidak ada di negerinya, Raja Ahab meminta supaya penguasa itu bersumpah bahawa tuan tidak ditemui di negerinya. 11Sekarang tuan mahu saya pergi memberitahu raja bahawa tuan berada di sini. 12Bagaimanakah jika Roh TUHAN membawa tuan ke tempat lain yang tidak diketahui orang, sebaik saja saya meninggalkan tempat ini? Apabila saya memberitahu raja bahawa tuan berada di sini dan raja tidak dapat mencari tuan, raja akan membunuh saya. Ingatlah, saya sungguh-sungguh beribadat kepada TUHAN sejak saya masih muda. 13Tidakkah tuan tahu bahawa apabila Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, saya menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua? Saya membahagikan mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Lalu saya memberi mereka makanan dan air minum. 14Mengapakah tuan menyuruh saya memberitahu raja bahawa tuan berada di sini? Tentu raja akan membunuh saya!”
15Elia menjawab, “Demi TUHAN yang hidup, Yang Maha Kuasa, yang saya sembah, saya berjanji akan menghadap raja pada hari ini juga.”
16Oleh itu Obaja pergi memberitahu raja, lalu raja pun berangkat untuk menemui Elia. 17Apabila Raja Ahab nampak Elia, Raja Ahab bertitah, “Ini dia si pengacau di Israel!”
18Elia menjawab, “Hamba bukan pengacau. Tuanku dan keluarga tuankulah pengacau itu. Tuanku tidak mentaati perintah TUHAN dan tuanku menyembah berhala Baal. 19Sekarang perintahlah segenap umat Israel untuk menemui hamba di Gunung Karmel. Bawalah empat ratus lima puluh orang nabi Baal dan empat ratus orang nabi Dewi Asyera yang dibiayai oleh Permaisuri Izebel.”
20Kemudian Raja Ahab memerintahkan segenap umat Israel dan nabi Baal berkumpul di Gunung Karmel. 21Elia menghadap umat itu dan berkata, “Sampai bilakah kamu tetap mendua hati? Jika TUHAN itu Allah, sembahlah TUHAN; tetapi jika Baal itu Allah, sembahlah Baal!” Tetapi umat itu tidak menjawab apa-apa. 22Lalu Elia berkata, “Nabi TUHAN hanya tinggal saya seorang, sedangkan nabi Baal ada empat ratus lima puluh orang. 23Bawalah dua ekor lembu jantan; biarlah nabi-nabi Baal mengambil seekor, menyembelihnya, memotong-motongnya, lalu meletakkannya di atas kayu api, tetapi jangan nyalakan api. Saya juga akan berbuat demikian dengan lembu jantan yang seekor lagi. 24Biarlah nabi-nabi Baal berdoa kepada dewa mereka, dan saya akan berdoa kepada TUHAN. Yang menjawab dengan mengirim api, Dialah Allah.”
Dengan suara yang kuat segenap rakyat berseru bahawa mereka bersetuju.
25Selepas itu Elia berkata kepada nabi-nabi Baal, “Oleh sebab kamu banyak, biarlah kamu yang menyiapkan lembu jantan itu dahulu. Berdoalah kepada dewa kamu, tetapi jangan nyalakan api pada kayu itu.”
26Mereka mengambil seekor lembu jantan yang telah diberikan kepada mereka, menyiapkannya, lalu berdoa kepada Baal sehingga tengah hari. Mereka berseru, “Jawablah kami, ya Baal!” Mereka berbuat demikian sambil menari-nari di sekeliling mazbah yang telah dibina, tetapi tidak ada jawapan.
27Pada tengah hari, Elia mula mengolok-olok mereka, “Berdoalah lebih kuat lagi!” katanya. “Baal tuhan, bukan? Mungkin dia sedang melamun atau pergi ke tandas. Mungkin juga dia sedang pergi ke tempat lain! Atau mungkin juga dia sedang tidur, dan kamu harus membangunkan dia!” 28Oleh itu, nabi-nabi Baal berdoa dengan lebih kuat lagi. Mereka juga meluka-lukai badan dengan pedang dan tombak menurut adat mereka, sehingga darah bercucuran. 29Mereka terus bergembar-gembur sehingga jauh petang, tetapi tidak ada yang menjawab, dan tidak ada bunyi yang terdengar.
30Kemudian Elia berkata kepada semua orang di situ, “Marilah dekat dengan saya.” Lalu mereka berkumpul di sekelilingnya. Elia mula memperbaiki mazbah TUHAN yang telah rosak itu. 31#Kej 32.28, 35.10 Dia mengambil dua belas buah batu, setiap batu mewakili salah satu daripada dua belas suku keturunan Yakub, iaitu orang yang diberikan nama Israel oleh TUHAN. 32Dengan batu-batu itu, Elia membina semula mazbah tempat beribadat kepada TUHAN. Di sekeliling mazbah itu Elia menggali parit yang boleh menampung air sebanyak kira-kira lima belas liter. 33Kemudian dia meletakkan kayu api di atas mazbah, memotong-motong lembu jantan itu dan meletakkannya di atas kayu api. Elia berkata, “Penuhilah empat buah buyung dengan air, lalu tuanglah air itu ke atas korban dan kayu ini.” Mereka melakukan suruhan itu. 34Elia berkata, “Buatlah lagi.” Mereka melakukannya lagi. “Buatlah sekali lagi,” kata Elia. Lalu mereka melakukannya sekali lagi, 35sehingga air mengalir di sekeliling mazbah itu dan paritnya dipenuhi air.
36Pada masa mempersembahkan korban petang, Nabi Elia menghampiri mazbah itu dan berdoa, “Ya TUHAN, Allah Abraham, Ishak, dan Yakub, sekarang buktikanlah bahawa Engkau Allah Israel dan bahawa aku hamba-Mu. Buktikanlah juga bahawa aku melakukan semua ini menurut perintah-Mu. 37Jawablah aku, ya TUHAN. Jawablah aku supaya umat ini tahu bahawa Engkau, TUHAN ialah Allah, dan bahawa Engkau sedang membawa mereka kembali kepada-Mu.”#Engkau sedang membawa mereka kembali kepada-Mu; atau Engkau sendiri menyebabkan mereka membelakangi Engkau.
38Kemudian TUHAN menurunkan api dari langit dan membakar korban itu bersama dengan kayu api, batu, dan tanah sehingga air di parit itu kering. 39Apabila umat nampak kejadian itu, mereka bersujud sambil berkata, “TUHAN ialah Allah; TUHAN satu-satunya Allah!”
40Lalu Elia memberikan perintah, “Tangkaplah nabi-nabi Baal; jangan biar seorang pun melarikan diri!” Mereka menangkap semua nabi itu. Elia membawa mereka ke Sungai Kison lalu membunuh mereka.
Kemarau Berakhir
41Kemudian Elia berkata kepada Raja Ahab, “Pergilah makan, kerana hamba mendengar deru hujan yang segera datang.” 42Sementara Raja Ahab pergi makan, Elia naik ke puncak Gunung Karmel. Di sana dia bersujud sampai ke tanah dengan kepalanya di antara kedua-dua lututnya. 43Dia berkata kepada hambanya, “Naiklah, lihatlah ke arah laut.”
Hamba itu pergi, lalu kembali dan berkata, “Saya tidak nampak apa-apa.” Sebanyak tujuh kali, Elia menyuruh dia pergi melihat ke arah laut. 44Apabila dia kembali pada kali ketujuh, dia berkata, “Saya nampak awan sekecil tapak tangan orang naik dari laut.”
Elia menyuruh hambanya, “Pergilah menghadap Raja Ahab. Suruhlah baginda mengendarai kereta kudanya dan berangkat pulang, sebelum baginda dihalangi hujan.”
45 #
Yak 5.18
Tidak lama kemudian, langit penuh dengan awan hitam dan angin kencang pun mula bertiup, lalu hujan lebat turun. Raja Ahab menaiki kereta kudanya lalu pergi ke Yizreel. 46Pada masa itu kuasa TUHAN turun atas Elia; dia mengikat pakaiannya pada pinggang, lalu berlari mendahului Raja Ahab sepanjang jalan sampai ke pintu gerbang kota Yizreel.
Terpilih Sekarang Ini:
1 RAJA-RAJA 18: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: