2 SAMUEL Kata Pengantar

Kata Pengantar
Kitab 2 Samuel adalah sambungan Kitab 1 Samuel. Kitab ini mengandungi sejarah pemerintahan Raja Daud, mula-mula sebagai raja wilayah Yehuda di bahagian selatan (fasal 1—4), kemudian sebagai raja seluruh negeri, termasuk Israel di bahagian utara (fasal 5—24). Di dalam kitab ini, diceritakan dengan jelas bagaimana Raja Daud berusaha untuk meluaskan kerajaannya dan mengukuhkan kedudukannya. Baginda terpaksa berjuang melawan musuh dari dalam negeri, mahupun kuasa-kuasa dari luar negeri. Raja Daud digambarkan sebagai seorang yang beriman teguh, taat, dan setia kepada Allah. Raja Daud juga mampu mendapat kesetiaan rakyatnya. Tetapi baginda juga digambarkan sebagai orang yang dapat bertindak kejam dan melakukan dosa-dosa besar semata-mata untuk memenuhi keinginan dan cita-citanya. Apabila Raja Daud dihadapkan kepada dosanya oleh Natan, nabi Tuhan, Raja Daud mengakui dosanya dan rela menerima hukuman daripada Allah.
Hidup dan pencapaian Raja Daud sangat dikagumi oleh rakyat Israel. Pada zaman-zaman kemudian, apabila ada kesusahan di dalam negeri, dan rakyat merindukan seorang raja, maka yang diinginkan mereka ialah seorang “putera Raja Daud”, iaitu seorang keturunan Raja Daud yang akan bertindak seperti baginda.
Kandungan
Raja Daud Memerintah Wilayah Yehuda 1.1—4.12
Raja Daud Memerintah Seluruh Israel 5.1—24.25
a. Awal Pemerintahan Raja Daud 5.1—10.19
b. Raja Daud dan Batsyeba 11.1—12.25
c. Kesusahan dan Kesulitan 12.26—20.26
d. Akhir Pemerintahan Raja Daud 21.1—24.25

Terpilih Sekarang Ini:

2 SAMUEL Kata Pengantar: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk