Lakukanlah hal itu, kerana kamu milik TUHAN, Allah kamu. Dari antara semua bangsa di bumi, Dia memilih kamu untuk menjadi umat-Nya yang istimewa. TUHAN mengasihi kamu, dan memilih kamu bukan kerana bilangan kamu lebih besar daripada bangsa-bangsa lain; sebenarnya kamu bangsa yang terkecil di bumi. Tetapi TUHAN mengasihi kamu, dan Dia hendak memenuhi janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu. Itulah sebabnya Dia menyelamatkan kamu dengan kuasa-Nya yang besar, dan membebaskan kamu daripada diperhambakan oleh raja Mesir. Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya, tetapi Dia tidak akan teragak-agak menghukum orang yang membenci Dia.
Baca ULANGAN 7
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: ULANGAN 7:6-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video