PENGKHUTBAH 1
1
Hidup Manusia Sia-Sia
1Berikut ini kata-kata Si Pemikir, raja di Yerusalem. Baginda putera Raja Daud.
2Semuanya sia-sia dan tidak berguna, kata Si Pemikir. Hidup itu sia-sia, semuanya tidak bererti. 3Orang bekerja dan membanting tulang seumur hidup, tetapi apakah hasil yang dapat dibanggakan? 4Keturunan yang satu datang dan keturunan yang lain pergi, tetapi dunia ini tetap sama juga. 5Matahari terbit dan matahari terbenam, lalu tergesa-gesa kembali ke tempat terbitnya. 6Angin bertiup ke selatan dan ke utara, berpusing-pusing lalu kembali semula. 7Tiap-tiap sungai mengalir ke laut, namun laut tidak penuh. Airnya kembali ke hulu sungai, lalu mulai mengalir lagi. 8Semuanya menjemukan, tidak terkata. Mata tidak puas-puas melihat, telinga tidak puas-puas mendengar. 9Hal yang telah berlaku dahulu, akan berulang lagi. Apa yang telah dilakukan dahulu, akan dilakukan lagi. Tiada sesuatu yang baru di seluruh dunia ini. 10“Lihatlah,” kata orang, “yang ini baru!” Tetapi semua itu telah berlaku lama sebelum kita dilahirkan. 11Tiada sesiapa pun ingat akan kejadian pada masa lampau; kejadian sekarang dan yang akan datang tidak diingat oleh sesiapa pun pada masa hadapan.
Pengalaman Si Pemikir
12Aku, Si Pemikir, telah menjadi raja Israel di Yerusalem. 13Aku bertekad untuk mengkaji dan mempelajari dengan bijaksana segala yang dilakukan di dunia ini.
Hidup yang ditentukan oleh Allah bagi manusia di dunia sungguh menyedihkan. 14Aku telah melihat segala perbuatan orang di dunia, dan sesungguhnya semua itu sia-sia seperti mengejar angin. 15Yang bengkok tidak dapat diluruskan; yang tidak wujud tidak dapat dihitung.
16 Aku berkata dalam hati, “Aku telah menjadi agung, lebih bijak daripada sesiapa pun yang pernah memerintah Yerusalem sebelum zamanku. Aku tahu akan hikmat dan pengetahuan yang sebenar.” 17Aku bertekad untuk mengetahui perbezaan antara pengetahuan dan kebodohan, antara hikmat dan kebebalan. Tetapi ternyata aku ini seperti mengejar angin sahaja. 18Semakin banyak hikmat, semakin banyak kekhuatiran. Semakin banyak pengetahuan, semakin banyak penderitaan.
Terpilih Sekarang Ini:
PENGKHUTBAH 1: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: