KELUARAN 13
13
Pentahbisan Anak Sulung
1TUHAN berfirman kepada Musa, 2#Bil 3.12-13; Luk 2.23 “Tahbiskanlah semua anak lelaki sulung bagi-Ku. Setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan adalah kepunyaan-Ku.”
Perayaan Roti Tidak Beragi
3Musa berkata kepada orang Israel, “Ingatlah hari ini, hari kamu meninggalkan Mesir, tempat kamu dijadikan hamba. Pada hari ini TUHAN membawa kamu keluar dengan kuasa-Nya yang besar; kamu tidak boleh makan roti yang beragi. 4Kamu meninggalkan Mesir pada hari ini, pada bulan Abib, iaitu bulan yang pertama. 5TUHAN telah bersumpah kepada nenek moyang kamu untuk memberi kamu tanah orang Kanaan, Het, Amori, Hewi, dan Yebusi. Tanah itu kaya dan subur. Selepas TUHAN membawa kamu ke tanah itu, kamu mesti merayakan perayaan ini tiap-tiap tahun, pada bulan yang pertama. 6Kamu mesti makan roti yang tidak beragi selama tujuh hari, dan pada hari yang ketujuh adakanlah perayaan untuk menghormati TUHAN. 7Selama tujuh hari, kamu mesti makan roti yang tidak beragi. Di seluruh negeri kamu, tidak boleh ada ragi atau apa-apa pun yang beragi. 8Pada permulaan perayaan itu, terangkanlah kepada anak-anak lelaki kamu bahawa kamu melakukan semuanya kerana apa yang telah dilakukan TUHAN untuk kamu, ketika kamu meninggalkan negeri Mesir. 9Perayaan ini akan menjadi satu peringatan, seperti tanda yang diikat pada tangan atau dahi kamu, untuk mengingatkan kamu bahawa kamu mesti terus-menerus mengucapkan dan mengkaji Taurat TUHAN, kerana TUHAN telah membawa kamu keluar dari Mesir dengan kuasa-Nya yang besar. 10Rayakanlah perayaan ini tiap-tiap tahun, pada masa yang ditetapkan.”
Anak Sulung
11Musa berkata kepada orang Israel, “TUHAN akan membawa kamu ke tanah orang Kanaan, yang telah dijanjikan-Nya kepada kamu dan nenek moyang kamu. Selepas Dia memberikannya kepada kamu, 12#Kel 34.19-20; Luk 2.23 kamu mesti mempersembahkan setiap anak lelaki sulung kepada TUHAN. Setiap anak jantan sulung ternakan kamu adalah kepunyaan TUHAN. 13Tetapi setiap anak jantan sulung keldai mesti kamu tebus daripada-Nya dengan mempersembahkan seekor anak domba sebagai ganti. Jika kamu tidak mahu menebus anak keldai itu, kamu mesti mematahkan lehernya. Kamu mesti menebus setiap anak lelaki sulung kamu. 14Pada masa hadapan, apabila anak lelaki kamu bertanya akan makna semuanya ini, hendaklah kamu menjawab begini, ‘Dengan kuasa yang besar, TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir, tempat kita dijadikan hamba. 15Ketika raja Mesir berdegil dan tidak mahu membenarkan kita pergi, TUHAN membunuh setiap anak lelaki sulung dan setiap anak jantan sulung ternakan di Mesir. Itulah sebabnya kita mempersembahkan setiap anak jantan sulung ternakan sebagai korban kepada TUHAN, tetapi kita menebus anak lelaki sulung kita. 16Perayaan ini akan menjadi satu peringatan, seperti tanda yang diikat pada tangan atau dahi kita, untuk mengingatkan kita bahawa TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir dengan kuasa-Nya yang besar.’ ”
Tiang Awan dan Tiang Api
17Apabila raja Mesir membenarkan orang Israel pergi, Allah tidak memimpin mereka mengikut jalan yang melalui negeri Filistin, walaupun jalan itu yang paling pendek. Allah berfikir, “Aku tidak mahu umat ini mengubah fikiran, lalu balik ke Mesir apabila mereka tahu bahawa mereka mesti berperang.” 18Oleh itu Dia membawa mereka ke jalan keliling melalui padang gurun menuju Laut Gelagah.#Laut Gelagah: Lihat 10.19. Pada masa orang Israel meninggalkan Mesir, mereka bersenjata seperti akan berperang.
19 #
Kej 50.25; Yos 24.32 Musa membawa jenazah Yusuf, kerana semasa hidupnya Yusuf telah menyuruh orang Israel bersumpah untuk berbuat demikian. Yusuf berpesan, “Apabila Allah menyelamatkan kamu, kamu mesti membawa jenazahku keluar dari tempat ini.”
20Orang Israel meninggalkan Sukot lalu berkhemah di Etam, di pinggir padang gurun. 21Pada siang hari, TUHAN berada di hadapan mereka dalam tiang awan, untuk menunjukkan jalan kepada mereka; pada malam hari Dia berada di hadapan mereka dalam tiang api, untuk memberikan cahaya kepada mereka. Oleh itu mereka dapat berjalan pada siang dan malam. 22Sepanjang hari tiang awan berada di hadapan bangsa itu, dan sepanjang malam tiang api berada di hadapan mereka.
Terpilih Sekarang Ini:
KELUARAN 13: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.