KELUARAN 15
15
Nyanyian di Tepi Laut
1 #
Why 15.3
Kemudian Musa dan orang Israel menyanyikan lagu ini untuk TUHAN,
“Aku hendak menyanyi untuk TUHAN
kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang;
Dia telah membuang kuda
dan penunggang kuda ke dalam laut.
2 #
Mzm 118.14; Yes 12.2 TUHAN pembelaku yang kuat;
Dialah yang telah menyelamatkan aku.
Dialah Allahku, dan aku akan memuji Dia;
Dia Allah yang disembah bapaku,
dan aku akan menyanyikan kebesaran-Nya.
3TUHAN ialah pahlawan;
TUHAN ialah nama-Nya.
4Dia membuang tentera Mesir dan kereta kuda mereka ke dalam laut;
para pegawai tentera yang terbaik lemas di Laut Gelagah.#Laut Gelagah: Lihat 10.19.
5Laut yang dalam meliputi mereka,
mereka tenggelam ke dasar laut seperti batu.
6Ya TUHAN, kekuatan-Mu, sungguh menakjubkan;
Engkau menghancurkan musuh sehingga hancur luluh.
7Dengan keagungan yang hebat,
Engkau menggulingkan musuh-Mu;
kemurkaan-Mu menyala
dan membakar mereka seperti jerami.
8Engkau meniup laut sehingga airnya tertompok tinggi;
airnya tegak lurus seperti tembok;
dasarnya yang paling dalam menjadi kering.
9Musuh berkata, ‘Aku akan mengejar dan menangkap mereka;
aku akan membahagi-bahagikan kekayaan mereka,
dan mengambil segala yang aku kehendaki;
aku akan menghunus pedangku dan mengambil segala milik mereka.’
10Tetapi dengan hanya satu hembusan nafas-Mu, ya TUHAN,
orang Mesir tenggelam;
mereka tenggelam seperti timah di dalam air yang dahsyat.
11Ya TUHAN, siapakah antara tuhan-tuhan yang seperti Engkau?
Siapakah yang seperti Engkau, mulia dan suci?
Siapakah yang dapat melakukan mukjizat
dan perbuatan menakjubkan seperti yang Engkau lakukan?
12Engkau menghulurkan tangan kanan-Mu,
lalu bumi menelan musuh-musuh kami.
13Engkau memimpin umat yang telah Engkau selamatkan,
kerana Engkau setia kepada janji-Mu.
Dengan kekuatan-Mu yang besar,
Engkau memimpin mereka ke tanah-Mu yang suci.
14Bangsa-bangsa yang mendengar hal itu gementar ketakutan;
orang Filistin dicengkam perasaan gentar.
15Para pemimpin orang Edom gerun;
orang Moab yang perkasa gementar;
orang Kanaan hilang keberanian.
16Ketakutan dan kengerian menimpa mereka.
Mereka nampak kekuatan-Mu, ya TUHAN,
mereka tidak berdaya kerana ketakutan,
sehingga umat-Mu telah lalu di hadapan mereka –
umat yang Engkau bebaskan daripada perhambaan.
17Engkau membawa mereka masuk,
dan menempatkan mereka di gunung-Mu,
tempat yang Engkau, ya TUHAN, pilih untuk menjadi kediaman-Mu;
Rumah yang Engkau bina sendiri.
18Engkau, ya TUHAN, akan menjadi raja selama-lamanya.”
Nyanyian Miryam
19Orang Israel melintasi laut di atas tanah yang kering. Tetapi apabila kereta kuda dan kuda orang Mesir, serta pemandu kereta kuda masuk ke dalam laut, TUHAN mengembalikan air sehingga mereka tenggelam.
20Kemudian Miryam, seorang nabi, iaitu kakak Harun, mengambil tamburinnya. Lalu semua wanita ikut memukul tamburin sambil menari. 21Miryam bernyanyi untuk mereka,
“Bernyanyilah untuk TUHAN

Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut.”
Air Pahit
22Kemudian Musa memimpin orang Israel meninggalkan Laut Gelagah#Laut Gelagah: Lihat 10.19. dan masuk ke padang gurun Syur. Mereka berjalan melintasi gurun itu selama tiga hari tanpa menjumpai air. 23Kemudian mereka tiba di suatu tempat yang bernama Mara,#Mara: Dalam bahasa Ibrani, nama ini bererti “pahit”. tetapi air di situ sangat pahit sehingga tidak dapat diminum. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Mara. 24Rakyat bersungut terhadap Musa dan bertanya, “Apakah yang hendak kami minum?” 25Musa berdoa dengan sungguh-sungguh kepada TUHAN, lalu TUHAN menunjukkan sebatang kayu kepadanya. Musa mencampakkan kayu itu ke dalam air, lalu air itu tidak pahit lagi sehingga dapat diminum.
Di tempat itu TUHAN memberikan hukum kepada mereka, dan di situ juga Dia menguji mereka. 26Dia berfirman, “Jika kamu sungguh-sungguh mentaati Aku, TUHAN, Allah kamu, dengan melakukan apa yang benar di sisi-Ku, serta menurut segala perintah-Ku, Aku tidak akan menghukum kamu dengan penyakit yang Aku timpakan kepada orang Mesir. Akulah TUHAN yang menyembuhkan kamu.”
27Kemudian mereka tiba di Elim. Di situ terdapat dua belas mata air dan tujuh puluh pokok kurma. Mereka berkhemah dekat air di situ.
Terpilih Sekarang Ini:
KELUARAN 15: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: