KELUARAN 35
35
Peraturan tentang Hari Sabat
1Musa menyuruh segenap umat Israel berkumpul, lalu berkata kepada mereka, “Inilah perintah TUHAN untuk kamu: 2#Kel 20.8-11, 23.12, 31.14-15, 34.21; Im 23.3; Ul 5.12-14 Kamu mempunyai enam hari untuk bekerja, tetapi hari yang ketujuh harus dianggap suci; hari itu hari rehat yang ditahbiskan untuk TUHAN. Sesiapa yang bekerja pada hari itu mesti dihukum mati. 3Pada hari Sabat kamu tidak boleh menyalakan api di rumah kamu.”
Persembahan untuk Khemah TUHAN
(Kel 25.1-9)
4Musa berkata kepada segenap umat Israel, “Inilah yang telah diperintahkan TUHAN: 5Bawalah persembahan kepada TUHAN. Sesiapa yang ingin memberikan persembahan harus mempersembahkan emas, perak, atau gangsa; 6kain linen halus; kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah; kain daripada bulu kambing; 7kulit domba jantan yang dicelup merah; kulit halus; kayu akasia; 8minyak untuk pelita; rempah-ratus untuk minyak upacara dan untuk kemenyan yang harum; 9batu sardis dan batu-batu permata lain yang akan ditatah pada efod dan penutup dada Imam Agung.”
Peralatan untuk Khemah TUHAN
(Kel 39.32-43)
10“Semua tukang yang mahir di kalangan kamu mesti datang dan membuat segala yang telah diperintahkan TUHAN: 11Khemah TUHAN, serta bumbung dan penutup bumbung, cangkuk dan rangka, kayu-kayu lintang, tiang, dan alas; 12Tabut Perjanjian dengan kayu pengusungnya, penutupnya, dan tirai yang menudungnya; 13meja dengan kayu pengusungnya, dan semua peralatannya; roti yang dipersembahkan kepada Allah; 14kaki pelita untuk memberikan cahaya, dan peralatannya; pelita-pelita dengan minyak; 15mazbah tempat membakar kemenyan dengan kayu pengusungnya; minyak upacara; kemenyan yang harum; tirai untuk pintu masuk Khemah TUHAN; 16mazbah tempat membakar korban, dengan kekisi gangsa, kayu pengusung dan semua peralatannya; besen dan alasnya; 17tirai bagi pagar, serta tiang pagar dan alas tiang; tirai untuk pintu pagar; 18pasak dan tali bagi Khemah TUHAN dan pagarnya; 19pakaian ibadat untuk imam-imam apabila mereka bertugas di Bilik Suci, dan pakaian khas untuk Imam Harun dan anak-anaknya.”
Umat Israel Membawa Persembahan
20Kemudian semua orang Israel yang berkumpul itu bersurai, 21dan setiap orang yang tergerak hatinya membawa persembahan kepada TUHAN untuk membuat Khemah TUHAN. Mereka membawa semua barang yang diperlukan untuk ibadat dan untuk membuat pakaian imam. 22Setiap orang yang mahu memberikan persembahan, baik lelaki mahupun perempuan, datang membawa kerongsang, anting-anting, cincin, rantai leher, dan segala jenis barang kemas daripada emas, lalu mentahbiskan semuanya untuk TUHAN. 23Setiap orang yang mempunyai kain linen halus; kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah; kain yang dibuat daripada bulu kambing; kulit domba jantan yang dicelup merah; atau kulit halus, mempersembahkan barang itu. 24Semua orang yang mampu mempersembahkan perak atau gangsa membawa persembahan mereka kepada TUHAN. Demikian juga yang dilakukan oleh semua orang yang mempunyai kayu akasia yang dapat digunakan bagi pekerjaan itu. 25Semua perempuan yang mahir memintal, membawa benang linen serta benang bulu berwarna biru, ungu, dan merah, yang telah dipintal mereka. 26Mereka juga memintal benang daripada bulu kambing. 27Para pemimpin membawa batu sardis dan batu permata lain untuk ditatahkan pada efod dan penutup dada. 28Mereka juga membawa rempah-ratus dan minyak untuk pelita, minyak upacara, dan kemenyan yang harum. 29Semua orang Israel yang ingin dan rela memberikan sesuatu, membawa persembahan mereka itu kepada TUHAN, untuk pekerjaan yang telah diperintahkan-Nya kepada Musa.
Para Tukang Membina Khemah TUHAN
(Kel 31.1-11)
30Musa berkata kepada orang Israel, “TUHAN telah memilih Bezaleel anak Uri, cucu Hur, daripada suku Yehuda. 31Allah telah mengurniai Bezaleel kuasa-Nya,#kuasa-Nya; atau Roh-Nya. dan memberi dia kemahiran, kebolehan, dan pengertian dalam segala jenis karya seni, 32untuk merancang rekabentuk yang memerlukan kemahiran serta membuatnya dengan menggunakan emas, perak, dan gangsa; 33untuk mencanai batu permata yang akan ditatah; untuk mengukir kayu, dan untuk membuat segala jenis karya seni yang lain. 34TUHAN mengurniakan kepandaian kepada Bezaleel dan Oholiab anak Ahisamakh daripada suku Dan, untuk mengajarkan kemahiran mereka kepada orang lain. 35Dia telah mengurniai mereka kemahiran untuk melakukan segala jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pengukir, perekabentuk, dan penenun kain linen halus, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dan kain-kain lain. Mereka dapat melakukan segala jenis pekerjaan, dan mereka juga perekabentuk yang mahir.
Terpilih Sekarang Ini:
KELUARAN 35: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.