“Hai manusia fana, merataplah untuk raja Tirus. Sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja, firmankan kepadanya, ‘Engkau pernah menjadi contoh kesempurnaan. Dahulu engkau sungguh bijak dan kacak! Engkau tinggal di taman Eden, taman Allah. Pakaianmu dihiasi dengan segala jenis batu permata: delima, berlian, topaz, beril, sardis, jasper, nilam, zamrud, dan garnet. Engkau juga mempunyai perhiasaan emas yang dibuat untukmu pada hari engkau diciptakan. Aku menempatkan kerub yang menyeramkan di situ untuk menjaga engkau. Engkau tinggal di atas gunung-Ku yang suci dan berjalan di tengah-tengah batu permata yang berkilauan. Kelakuanmu tidak bercela sejak engkau diciptakan sampai engkau mula berbuat jahat. Engkau sibuk dengan perniagaanmu; hal itulah yang menyebabkan engkau menjadi kejam dan berdosa. Oleh itu Aku mengusir engkau dari gunung-Ku yang suci dan kerub yang menjaga engkau mengusir engkau dari tengah-tengah batu permata yang berkilauan itu. Engkau sombong kerana rupamu yang kacak, dan engkau bertindak bodoh kerana engkau terkenal. Itulah sebabnya Aku membanting engkau ke tanah, dan menjadikan engkau sebagai amaran untuk raja-raja lain. Perniagaanmu penuh dengan kecurangan sehingga tempat-tempat ibadatmu tercemar. Oleh itu Aku membakar kotamu sampai musnah. Semua orang yang memandang engkau sekarang hanya nampak abu. Engkau sudah lenyap, hai raja Tirus! Engkau lenyap selama-lamanya! Semua bangsa yang mengenal engkau gerun kalau-kalau mereka juga akan mengalami kesudahanmu.’ ”
Baca YEHEZKIEL 28
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YEHEZKIEL 28:12-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video