Kerana beriman, kaum wanita mendapat kembali sanak keluarga yang sudah dibangkitkan daripada kematian. Ada pula yang rela diseksa sampai mati, dan menolak untuk dibebaskan, kerana ingin dihidupkan kembali bagi kehidupan yang lebih baik. Ada yang diolok-olok dan dicambuk. Ada juga yang dirantai dan dipenjarakan. Ada yang direjam sehingga mati, ada yang dipotong menjadi dua dengan gergaji, dan ada pula yang dibunuh dengan pedang. Mereka mengembara dengan berpakaian kulit domba atau kambing. Mereka miskin, dianiaya, dan diseksa. Dunia ini bukan tempat yang layak bagi mereka. Mereka mengembara seperti pelarian di padang gurun dan di bukit-bukit. Mereka tinggal di dalam gua dan lubang-lubang di tanah.
Baca IBRANI 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: IBRANI 11:35-38
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video